panggillah yang bersesuaian untuk si mati
assalamualaikum
tiba-tiba terlintas di fikiran
sebelum terlupa ada baiknya tulis dulu
kita selalu diberitakan dengan khabar kematian
tak kisahlah melalui akhbarkah, FBkah ataupun mana-mana lawan web sensasi
tak lupa juga melalui panggilan telefon dan sms
selalu kita memanggil si mati dengan panggilan arwah
berikut adalah maksud-maksud perkataan yang selalunya kita sebut
roh = satu roh
arwah = banyak roh
allahyarham = allah rahmatilahnya (lelaki)
allahyarhamah = allah rahmatilahnya (perempuan)
dan cuba pembaca isi tempat kosong untuk ayat berikut
oh rindu sungguh aku dengan _______ abah. jom pergi kubur ziarah _____ abah
pada hemat pembaca, manakah yang paling sedap
pilihanku adalah allahyarham, walaupun panjang tapi sudah beserta dengan doa kepada si mati tersebut
apa pilihan anda
bersabda nabi dalam hadisnya yang lebih kurang maksudnya begini
apabila matinya anak adam, akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara
1. doa anak yang soleh ke atasnya
2. sedekah jariahnya
3. ilmu yang memanfaatkannya
wassalam
p/s: ini adalah telahan aku, kalau salah minta betulkan. nanti akan diedit dan diperbetulkan sekiranya salah




Recent Comments