1946 – 2004

Figura yang paling kurang mendapat tempat di hati. Tapi impaknya terlalu besar apabila diri sendiri telah menjadi ‘abah’. Kalau dikorek memori bersama beliau pun macam tak banyak yang boleh dikongsi. Acapkali mempertikaikan keputusan yang beliau buat secara sembrono mengatakan beliau ketinggalan zaman. Tapi hikmahnya jelas kelihatan pabila ‘abah’ kelihatan mengatur perjalanan hidup anak kecilnya sekarang.

Seringkali diminta untuk justifikasi sebarang pilihan yang dibuat. Sangat menyampah rasanya pada masa tersebut. Sekarang ‘abah’ juga buat perkara yang sama untuk anak kecilnya.

Acapkali merasa kasih sayang kurang diberikan. Sedih, kecil hati, rajuk, berkecai, pendek kata semua ada. Rupanya ‘Unconditional Love’ juga yang ‘abah’ berikan pada Permata Hatinya cuma ketampakannya tidak sejelas ibunya.

Nasihat dianggap menjengkelkan. Tak ‘Up to Date’lah beliau! La ni ‘abah’ juga buat perkara yang sama sampai menjuih mulut anak-anak.

Terima kasih atas Kasih Sayang, Rotan, Tarik Telinga, Bebelan, Kedekut Taik Hidung Masin, Nasihat Tujuh Lapis Bumi dalam Maksudnya, Naik Motor Pancit balik dari Asrama, Bergaduh sebab tak mau Masuk Asrama Tingkatan 5, Berleter 3 hari 3 malam sebab mencalarkan kereta. Maafkan anak abah yang banyak merisaukan abah sepanjang 23 tahun abah jaga.

HARUN BIN OTHMAN

Sudikanlah lontar komentar anda :)