aku online..??

dah lama sangat aku tak online di rumah tatkala minggu kerja..
kenapa..??
sebabnya mudah sahaja..lihatlah sendiri jam berapa aku post ini blog 😉

tiada apa yang menarik untuk dikongsi..
cuma beberapa hutang appointment repair pc mesti dilunaskan
jadi aku cuba setkan appointment ke esok petang..

juga tak lupa terpaksa merajinkan diri membuat seleksi gamba kawin cik puan nursalnurulhuda..
dah menghampiri 3 minggu tapi hasil masih lagi menghampakan walaupun progress ada..

yang sebenarnya aku masih lagi ada beberapa projek pada blog ini..
i’m going to expose what i’m doing..
aku nak mengiklankan apa yang aku buat sebagai pencarian sampingan
tapi mengenangkan yang aku ni seorang amatur (ye ke amatur..??) atau lebih tepat budak hingusan atau lagi masyuk ayat komik “budak setahun jagung” aku agak takut untuk membuat keputusan..

namun mengenangkan aku tak ke mana kalau tak ketengahkan siapa aku..terpaksalah aku mengambil inisiatif cuba menjual produk aku..

buat masa ni aku berhajat untuk memaklumkan bahawa aku adalah antara beberapa manusia yang meng’offer’ khidmat fotografi..
aku akan cuba buat subdomain di domainku..
pada masa ini..kemahiran aku hanyalah berkisar kepada gamba kahwin
yang aku teringin..mengambil gambar korporat dan event yang memerlukan aku ber’transform’ dari manusia selekeh kepada manusia smart tak hengat 😀
pada masa ini..aku bernaung di bawah En. Sahaini http://inisahaini.com (dey..his my boss you know 8) )

aku mengharapkan impian ni bukanlah angan-angan mat jenin

Sudikanlah lontar komentar anda :)