الله Rahmatilah al-Marhum Tuanku

Kecil dahulu pernah saya hantar Kad Ucapan Hari Raya Aidil Fitri kepada istana dengan harapan Tuanku Sultan Kedah melihat kad tersebut. الله يرحم abah dan mama bantu tangan kecil saya menukil dan melipat kad raya tersebut.

Lucunya, saya letak sekupang buat hadiah Tuanku Sultan.

Tak berapa lama kemudian, saya terima kad ucapan balas dari pihak Tuanku Sultan. Teruja tak terkira walaupun hanya sekadar poskad gambar Istana dan Ucapan Hari Raya.

Mama banyak bercerita perihal Tuanku Sultan sewaktu mama masih berkhidmat di Wisma Darulaman. Pendekata semuanya cerita betapa Baginda Tuanku Sultan sayangkan rakyat jelatanya.

Moga الله Merahmati dan Menyayangi al-Marhum Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Allah Selamat Sultan Mahkota
Berpanjangan Usia di Atas Takhta
Memelihara Ugama Nabi Kita
Negeri Kedah Serata-rata

 

اَللهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ
وَاَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرْدِ
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبُ اْلاَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ
وَاَبْدِلْهُ دَارًاخَيْرًا مِنْ دَارِهِ
وَاَهْلاً خَيْرًا مِنْ اَهْلِهِ
وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَاَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَاَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ.

 

اَللهُمَّ اغْفِرْ لِحَيِّنَا وَمَيِّتِنَا وَشَاهِدِنَا وَغَائِبِنَا وَصَغِيْرَنَا وَكَبِيْرَنَا وَذَكَرِنَا وَاُنْثَانَا
اَللهُمَّ مَنْ اَحْيَيْتَهُ مِنَّا فَاَحْيِهِ عَلَى اْلاِسْلاَمِ وَمَنْ تَوَفَّيْتَهُ مِنَّا فَتَوَفَّهُ عَلَى اْلاِيْمَانِ.
اَللهُمَّ لاَتَحْرِمْنَا اَجْرَهُ وَلاَتُضِلَّنَا بَعْدَهُ بِرَحْمَتِكَ يَآاَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ. وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ

Sudikanlah lontar komentar anda :)