Anjing dan Kucing!!!

assalamualaikum

kasihan pada itu kucing, harapnya kucing tersebut selamat dari dibaham anjing kurang ajar itu

kebetulan tadi kami semua keluar di atas pelbagai urusan
urusan terpenting adalah membawa nasir solahuddin ke klinik berikutan kepanasan di kepalanya agak tinggi

namun bila sampai klinik, kepanasan tersebut hilang. mungkin disebabkan kesejukan hawadingin dalam kereta mamanya menyebabkan kepanasannya berkurang

projek seterusnya adalah mengusha umat muhammad terbaru iaitu anak rakan bini disamping menghantar kacang dal pedas yang telah dipesannya untuk diagihkan pada guru-guru di sekolahnya mengajar

projek terakhir sebelum pulang adalah menjamu selera.
kemudian pulang.
pada masa inilah perkara yang ku quote di atas berlaku

sesampainya kami di persimpangan yang berlampu isyarat di padang jawa, kelihatan banyak anjing menyalak dalam longkang. pada mulanya kami buat tak endah kerana ingatkan anjing tersebut sedang membantu rakannya yang tersangkut di longkang.
namun ternyata meleset apabila terlihat di suatu sudut antara longkang dan paip air yang kelihatan seekor kucing yang dalam ketakutan. tahulah kami bahawa mereka semua sedang menyalak pada kucing tersebut

keadaan menjadi kritikal apabila anjing-anjing itu menarik kucing tersebut dari tempat persembunyiannya. apa lagi jatuh ke dalam longkanglah dia dan disertai dengan semua anjing tersebut menyerbu ke arah kucing. dan aku mengambil keputusan memberhentikan kereta dan menghalau anjing-anjing itu yang pada masa itu telah menggigit kucing itu (oh kesiannya)

aku tak dapat untuk membawa kucing tersebut ke tempat lain kerna tiada tempat yang sesuai dalam kereta dan terpaksalah kami tinggalkannya di situ dengan harapan anjing yang telah dihalau tadi tidak lagi kembali. lagipun dia kembali kepada tempat penyembunyiannya yang menyukarkan aku untuk mengambilnya sekiranya aku ingin mengalihkannya ke tempat lain

pada masa ku tinggalkan kucing yang telah bersalut lumpur tersebut tiba-tiba aku diserang kemusykilan. kenapa anjing-anjing liar masih banyak berkeliaran? setakat mana penguatkuasaan majlis bandaraya shah alam atau majlis perbandaran klang dalam menangani situasi anjing liar ini? takkanlah perlu menunggu komentar daripada mazidul barulah semuanya terkontang-kanting mahu melaksanakan tugas?

kesian pada kucing tersebut. kini ku tahu apa yang dimaksudkan dengan peribahasa “seperti anjing dan kucing”

wassalam

Sudikanlah lontar komentar anda :)