antara belajar, bekerja dan berkasih

السلام عليکم

semalam adalah minggu ke-3 aku berstatus pelajar
meskipun baru memulakan pengajian, tekanan sebagai pelajar dan pekerja mula terasa
manakah tidaknya, aku perlu fikirkan akan pelajaran di kala sibuk bekerja
dan mula menerima tugasan yang mulanya ku rasakan mudah tapi mencabar minda setelah mula mencari bahan untuk tugasan tersebut

tekanan kerja pun satu hal
meskipun kerjaku selalunya tidaklah sangat membebankan tetapi sekali ada isu (baca : masalah) maka aku akan tumpukan perhatian bagi menyelesaikan isu tersebut.
biasanya setiap kali ada isu maka lewat malamlah baru ku pulang 😉

di awal musim berikat-kasih ini seringkali jugalah ianya menguji
dengan keadaan kewangan yang gawat di kocek maka seringkalilah aku memendamkan niat untuk berjumpa dan berkasih
beberapa hari yang lepas aku telah memaksa diri untuk pulang menjenguk kampung tercinta
nyatalah kepulangan ku ke sana kali ini terasa sedikit kelainan.
perasaan keterujaan untuk berjumpa ibu tercinta kali ini amat indah rasanya
sememangnya ada kelainan sangat antara berjumpa si dia dengan si ibu
juga kepulangan kali ini sememangnya sedikit sebanyak meredakan ketegangan belajar, bekerja dan berkasih

aku mengharapkan aku mampu hadapi dugaan sepanjang aku menanggung 3 status ini

oh..
sebelum terlupa

inginku menanyakan kepada anda kawan-kawan sekalian
negara digemparkan dengan kembalinya pengarah terkenal negara beberapa hari yang lepas
semuanya rasa seolah-olah negara kehilangan sebutir permata
tiada lagi iklan yang menyentuh perasaan
tiada lagi filem yang bikin gamat rakyat negara

tapi..
siapa yang akan anda pilih..??
– seorang yang membuatkan hati merasa seribu rasa dengan melihat hasilnya..??
atau
– seorang yang senantiasa menghadiahkan anda pahala sesudah anda kembali bertemu-NYA yang mana seseorang itu tidak perlu melihat iklan atau filem yang akan menyedarkan dia dengan fakta hidup tapi cukuplah sekadar mengingatkan yang dia juga makhluk yang lemah di sisi-NYA..??

والسلام

2 thoughts on “antara belajar, bekerja dan berkasih

  1. الفاتحة

    semoga status boleh digapai dan dicapai dan digalas seeloknya.
    kalau perlu bantuan jangan segan minta tolong.
    insyaAllah ada yang sudi dan berkelapangan. Mungkin tidak banyak, tapi yang termampu.

    semua orang ada galasannya tersendiri.

    bercerita boleh berkongsi idea dan ketenangan minda.
    minda yang cerdas, kena minum milo. milo pulak produk Nestle. Nestle pulak produk Yahudi. kan kan kan?
    🙂

    Banyak sungguh saluran kita kepada Yahudi.

  2. jalan baru yang di pilih ini akan menguat jiwa mantapkan iman. kita tidak mempunyi kudrat melainkan Dia Yang Mengasihani mengizinkan kita memikul tanggungjawab ini. Semoga impian jadi Nyata. Bersyukulah hati telah terbuka menerima hadir cinta hiasan dunia.semoga kekal ke alam sana.

Sudikanlah lontar komentar anda :)