Antara Kemahiran Teknikal dan Jatidiri

Majoriti Rakyat Malaysia menghadapi masalah apa yang boleh dipanggil sebagai ‘Malaysian Don’t Read!’

Ingin menjadi hebat dalam bidang teknikal tapi lupa, takkan datang ilmu tanpa membaca!

Juga seringkali kita kata: “Tak cuba, tak tahu”
Betul! Tapi, sanggupkah anda laburkan wang ringgit hanya semata-mata untuk merasai pengalaman yang mana telah ramai yang melaluinya?

Maka
Bacalah bahan ilmiah.
Tingkatkan Jatidiri (baca: Personal Development)
Di sana banyak contoh dan kaedah yang boleh diambil. Sudah banyak bijak pandai memberikan contoh dan kaedah yang terbaik untuk diaplikasikan. Setelah memahami akan perkara tersebut maka bawalah ilmu teknikal itu keluar dan cuba. Barulah terasa berharga pengalaman setelah persiapan telah dibuat. ‘Langgar dinding’ setelah diri dirasakan cukup bersedia supaya ‘kesakitan’ yang dirasai di tahap minimum dengan pengalaman yang dapat adalah maksimum!

Ilmu teknikal akan menjadi sangat mudah untuk belajar apabila kuatnya jatidiri yang senantiasa digilap dengan semangat positif. Belajarlah dengan bijak pandai bagaimana untuk sentiasa tingkatkan jatidiri samada melalui buku atau belajar sendiri dengan individu tersebut.

Setelah semuanya dibuat, barulah berdoa kepada yang Maha Memberi sebagai tawakkal dan supaya usaha diberkati.

3:159Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah Lembut terhadap mereka. sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu Telah membulatkan tekad, Maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya

SurahAli Imran ayat : 159

One thought on “Antara Kemahiran Teknikal dan Jatidiri

Sudikanlah lontar komentar anda :)