apa itu Streamyx Wireless

السلام عليكم

kali ini saya ingin berkongsi dengan anda servis internet yang saya gunakan di rumah (bakal berubah pakej)
saya menggunakan streamyx wireless dengan menggunakan teknologi CDMA (Code Division Multiple Access)

kenapa CDMA..??

mudah jawapannya….tak perlu kabel telefon

bagaimana rupanya..??


dilengkapi dengan Wireless Access Point yang menyebabkan peralatan ini menjadi lebih menarik

di manakah dapat melihat pakej tersebut..??


pakej streamyx wireless TM

menarik…..tapi….ada kelemahankah..??

ada dan memang banyak
1. perlu membeli sendiri modem tersebut daripada installer…pada aku sangatlah tidak berbaloi
2. teknologi CDMA ini seperti tidak mendapat tempat di hati pihak telco..dalam erti kata yang lain adalah pihak di atas. ini kerana rata-rata tempat lain di dunia yang juga menggunakan teknologi CDMA ini menggunakannya pada kelajuan yang sangat tinggi. aku tidak berapa pasti namun aku pernah menanya seorang warga jepun yang menghadiri simposium di KLCC tahun lepas memaklumkan kawasan luar bandar yang menggunakan terminal CDMA ini mampu mencapai kelajuan sehingga 10Mbps
3. modem ini perlu ada di kawasan berhampiran ibusawat TM. dengan erti kata lain, rumah anda mestilah berhampiran dengan ibusawat TM 😉
4. kelajuan download yang perlahan (narrowband) < 256kbps dan upload yang tidak mencapai 1kbps 🙁

mana maklumat berkenaan evdo yang saya boleh baca


http://en.wikipedia.org/wiki/EVDO

pandangan peribadi..
saya amat suka menggunakan servis ini kerana ianya wireless, tidak perlu pemasangan talian telefon dan pemasangannya yang sangat mudah.
namun kelajuannya amat mengecewakan serta dari segi teknikalnya, routing yang digunakan pada saya adalah kelas ke-3. cuba anda bayangkan jarak perjalanan dari shah alam ke KL yang mengambil masa sejam (pada waktu puncak) tapi mengambil masa 2 jam dengan mengikuti laluan lain
saya mengharapkan agar pihak berkenaan dapat menaiktaraf perkhidmatan ini supaya ianya dapat bersaing dengan penyedia internet yang lain.
saya akui yang talian tetap adalah yang terbaik namun perlu diingat akan peribahasa “lain padang lain belalang”
ubah pakej tersebut supaya ianya menjadi lebih kompetitif dengan pesaing yang lain 🙂

والسلام

Update!!

saya berpendapat bahawasanya ada pihak yang berkenaan telah samada

  • perasan dengan masalah ini
  • terserempak dengan komentar di blog ini

sebabnya..saya perasan bahawasanya connectivity streamyx wireless (EVDO) ini seperti telah diperbaiki
kelajuan pada speedometer juga lebih stabil

seolah-olah peralatan yang baru direboot 😉
namun begitu ping timeout masih kelihatan

saya mengharapkan agar biarlah diteruskan penjagaan kualiti servis seperti begini 🙂

4 thoughts on “apa itu Streamyx Wireless

  1. salam..perkongsian yang sgt bagus..saya jumpe artikel ni pon sbb tgh search psal streamyx wireless evdo ni sbb kawasan rmah sy mmg xleh psg streamyx,kawasan pedalaman kmpung..tapi mmg ramai yang tak tahu psal evdo ni sampaikan sy gi tnye di tm point pon staff tm sndri xtau psal evdo…adoiii..

    saya harap cik boleh update speed dan keadaan terkini menggunakan evdo ni..tq

    1. Terima kasih.

      Seingat saya kelajuan Streamyx EVDO maksimum 384kbps sahaja.
      Loading Aplikasi yang menggunakan Web 2.0 seperti FB dan yang sama waktu dengannya sudah pasti akan membuat hati memberontak

      Sila Kongsi Lokasi. Mana tahu kalau rezeki ada servis Internet yang lain yang boleh dipasang di sana 🙂

      1. rumah sy di kampung gabus di pasir mas kelantan..memang dalam kampung la skit..tm mmg ssah skit nk psang kabel streamyx smpai dlm kampung . T_T

Sudikanlah lontar komentar anda :)