apa yang berlaku pada hari ini..??

assalamualaikum

ini adalah sesi mengembara dalam akal fikiran bagi mencari kembali sisa-sisa ingatan terhadap apa yang terjadi pada hari ini.
perlu dimaklumkan bahawa aktiviti ini mampu merangsang dan menguatkan akal dan minda anda dan seterusnya menghindarkan diri anda daripada menkadi seorang yang nyanyuk pada hari tua anda kelak insya-allah

– menukar bungkusan kacang dal pedas daripada 500 gram kepada 250 gram
– ditahan polis trafik dari bukit aman di tol batu 3 shah alam semasa operasinya (alhamdulillah tiada saman dikenakan)
– menghadap macbook (urusan persendirian) dan pc pejabat (urusan pejabat)
– membawa kontraktor aircond berjumpa pegawai bertugas di data center yang kebetulannya datang melawat kawasan
– melayan “hantu kak limah”
– membantu hamba allah memilih laptop
– membayar bil di menara TM
– melayan wii dan PS3 di TMPoint sementara menunggu giliran
– menukar minyak hitam motor KaCaK
– membayar harga laptop yang telah hamba allah tadi persetujui untuk membeli tadi
– berjumpa dengan paklang tuan kedai di Selera Semarak dan menjual kacang kepadanya

banyak juga aktiviti yang aku lakukan pada hari ini

anda bagaimana..?? 😉

wassalam

One thought on “apa yang berlaku pada hari ini..??

  1. aku lakukan :

    1. pakai kan kasut kat kaki-kaki ammar dan layan nafsu berjalan melata di sekitar rumah.
    2. mandikan ammar. mama ammar mandi sendiri.
    3. hantar ammar pergi school.
    4. bawak mama ammar ke pasar pagi di Pekan Baru. Teman membeli belah.
    5. Tolong siang ikan bawal putih… (fuuuuhhh best ikan bawal nih)
    6. Makan kueteow goreng yang mama Ammar goreng. yey!
    7. Hantar bekal kueteow untuk Ammar.
    8. Hantar mama Ammar ke school.
    9. Jumpa Aminah Chul di BP (bersama abahnya juga)
    10. Pergi teman hamba Allah beli cincin tunang. jeng jeng jeng!
    11. Baca blog najmi….

Sudikanlah lontar komentar anda :)