balada orang berhutang

al-kisah..
tersebutlah kisah..
seorang insan yang keputusan wang tunai, samada di tangan mahupun di bank..

mahu membayar bil telefon..
mahu membayar bil kad kredit..
mahu membayar bil internet..
mahu membayar pembiayaan perumahan..
mahu membayar itu..
mahu membayar ini..

tapi..
puaslah dia mencari..
puaslah dia meraba..
puaslah dikorek..
puaslah digali..
namun duit yang di cari tak kunjung tiba..

lalu..
dingoratnya rakan – rakan..
dingoratnya sedara – sedara..
supaya mereka dapat membantu..

sampai masa..
duit berjaya dikumpulkan..
terus dia membayar bil – bil tersebut..
dia menjanjikan yangmana dia akan membayar setelah dia mendapat bonus sedikit masa lagi..

namun..
janji tinggal janji..
dia menjauhkan diri..
janji tinggal janji..
sedikitpun malah sekupang pun dia tidak melangsaikan hutang – hutangnya

tiba – tiba..
peralatan kegunaan hariannya meragam..
kenderaannya meragam..
rumah yang didudukinya ada keretakan serius..
malahan..dia sendiri pun menghadapi masalah kesihatan..

kini..
dia tidak dapat mencari wang bagi membayar kos perubatan..
dia tidak dapat mencari wang bagi membayar hutang piutangnya yang lain..
insurans..?? insurans sudah tidak mampu membantunya lagi..

akhirnya..
dia diziarahi oleh orang yang pernah dia hampiri bagi membantunya..
mereka yang kini hanya mampu menjengah tetapi tidak mampu menghulurkan apa – apa kerana tragedi yang lepas..
menyesallah dia akan apa yang telah terjadi..
namun kesal tersebut tidak dapat menyelesaikan apa – apa..

apatah lagi..
mereka telah berpesan..
“meskipun awak sakit..jika hutang tidak dilangsaikan..
KITA JUMPA DI ‘PADANG’ SANA”

menangislah dia kerana tiada apa yang dapat membantunya sekarang

p/s: sekadar peringatan kepada diriku yang aku ini berhutang dengan manusia….juga berhutang dengan Yang Maha Esa

3 thoughts on “balada orang berhutang

    1. aku takde hutang dengan PTPTN..
      hutang dengan MARA dah selesai..
      hutang dengan Allah hari² kena langsai 🙂

Sudikanlah lontar komentar anda :)