bertukar dari mod peperiksaan kepada mod perkahwinan – Henshin !!!

السلام عليکم

demam peperiksaan sudah berlalu.
betapa peritnya melalui minggu peperiksaan.
betapa peritnya hendak membawa mood dari mood kerja kepada mood ulangkaji.
walaupun hanya dua matapelajaran, namun hendak mewujudkan perasaan kesungguhan mengulangkaji itulah yang sangat-sangat mencabar.

namun,
semester pertama sudah berlalu.
mood peperiksaan mesti ditukar kepada mood lain bagi membolehkan aku bersemangat untuk melakukan tugasan lain yang sama pentingnya

kini,
sudah sampai masa aku menukar mood.
aku ingin menjemput kawan dan sahabat handai bagi memeriahkan funfairku yang akan dilangsungkan tak lama lagi.
aku dengan berbesar hati menjemput semua ke funfair yang bakal berlangsung di Kampung Bukit Kapar (22/11/2009) dan juga Alor Setar (29/11/2009)
amatlah berbesar hati sekiranya kawan dan rakan taulan dapat menghadirkan diri bagi memeriahkan majlis yang tidak seberapa ini

jemputan pihak perempuan

jemputan pihak lelaki

sedikit selingan buat aku yang sedang menghitung hari 😉

[meyoutube]m8RtBxbU1oo[/meyoutube]

والسلام

6 thoughts on “bertukar dari mod peperiksaan kepada mod perkahwinan – Henshin !!!

Sudikanlah lontar komentar anda :)