biarlah mereka yang berhak mentadbir sarawak

السلام عليكم

post aku kali ini sememangnya berbaur politik dan ianya adalah kesinambungan daripada post yang lepas yang mana pengunjung boleh merujuk di sini

tujuanku hanyalah satu. juga aku menyeru kepada semua penduduk di sarawak supaya keluar beramai-ramah menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.
undilah wakil rakyat yang anda pilih dengan bijak. ingat! wang ringgit tidak menjanjikan anda kesenangan berpanjangan. yang penting adalah khidmat yang akan diberikan oleh bakal YB baru anda

apa itu YB?

  • Yang Berhormat?
  • Yang Berusaha?
  • Yang Bekerja?
  • Yang Berkhidmat?

mereka semua itu adalah perwakilan yang anda pilih melalui saluran pilihanraya. penduduk sarawak perlu ingat yang bahawasanya mereka yang bakal mendapat gelaran YB tersebut adalah kuli anda dan anda boleh mengarahkan dia bekerja untuk anda. jika dia tidak mampu bekerja, carilah yang lain yang mampu bekerja dan berkhidmat untuk anda

saya tidak menyuruh anda memangkah parti pilihan saya.
apa yang saya minta pada anda semua penghuni Bumi Kenyalang adalah pilih parti yang mampu bekerja untuk rakyat. dalam konteks ini, untuk anda

baik BN, baik PR, komponen dalam parti tersebut juga adalah manusia biasa yang mempunyai kekuatan dan kelemahan
jika anda merasakan dia lemah, carilah yang kuat.
jika anda merasakan dia kuat, sokonglah ia bagi membolehkan dia membela nasib anda penduduk pribumi sarawak sekalian

akhir kata, sekali lagi saya ingatkan

WANG BUKAN SEGALANYA!
kenikmatan yang dikecapi adalah pada bila masa anda mendapat ketenangan dan harta dunia yang akan dikongsi oleh semua rakyat sarawak sekalian

pilihlah wakil rakyat anda dengan bijak
jangan sesekali terpedaya dengan wang ringgit semata-mata

والسلام

Sudikanlah lontar komentar anda :)