nunjimmimya.my

me nunjimmimya

Skip to: Content | Sidebar | Footer

mengapa mesti sms..??

2 March, 2009 (23:39) | kempen | By: nunjimmimya

“bro..ak x sht..ak dmm..x lrt nk kuar..”
“hi..u bt pe”

bukan nak mengomel..

tapi..
susah sangatkah untuk kita menaip panjang..
sekupang pun awak tak bayar kan kalau guna internet..??

jadi..
“y kn guna bhs sms jgk..??”

sms ni digunakan seringkas mungkin sebab nak menyampaikan berita..sepertinya trengkas
kamu tu tahukah apa itu trengkas..??

oleh itu..
pada pendapat aku yang selalunya ramai tak setuju ini..
ingin sekali aku mengajak kawan-kawan semua menggunakan bahasa mudah (bukan bahasa sms) untuk berkomunikasi dalam dunia internet..
setakat nak taip seperti kawan-kawan ke kengkawan..pada aku takde masalah..
dah ada kejadian di sekolah di mana anak murid menggunakan bahasa sms dalam kerja sekolah..

wah..hebat :D

p/s: ak rs kt kn bt kmpn krgkn gn bhs sms utk xtvt selain d tepon..pe pdpt kwn2..??

Comments

Comment from Sahaini Ahmad Safian
Time 3 March 2009 at 01:49

Sekarang ini ada beberapa isu dalam kependidikan di negara Malaysia kita ini. Di antaranya…
1. Isu buli yang semakin dikomersilkan.
2. Isu bahasa pengantar dalam sukatan pelajaran.
3. Isu penggunaan perkataan-perkataan yang disingkatkan ejaan. (timbul tenggelam)

Tenatkah institusi pendidikan formal kita ini? Atau, ibu bapa yang “moden” sealiran dengan zaman (kononnya), mengabaikan tanggungjawab keibu-bapaan. Tercicirkah ibu bapa untuk mendidik anak-anak. (selalunya kita sebut anak yang tercicir).

*emak dan ayah aku, tak pandai baca SMS yang guna ayat2 ringkas. Aku taip penuh apa yang aku nak sampaikan. :)

Comment from fafarafa
Time 3 March 2009 at 10:17

aaa…aku tak faham yang kat bawah sekali tu. hahhahahah

Comment from nunjimmimya
Time 3 March 2009 at 11:28

ak rs kt kn bt kmpn krgkn gn bhs sms utk xtvt selain d tepon..pe pdpt kwn2..??

maksudnya

aku rasa kita kena buat kempen kurangkan guna bahasa sms untuk aktiviti selain di telefon..apa pendapat kengkawan :)

Comment from Sahaini Ahmad Safian
Time 3 March 2009 at 14:25

bifilafa kaufau gufunafa afayatfat yangfang ringfingkasfas, sufusahfah ofotakfak afakufu nakfak cerfernafa. :P

Write a comment





Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins