redhakanlah mereka kembali kepada-Nya
السلام عليکم
lama sudah laman ini tidak dijengah
marah, kecewa, merajuk, semuanya ada..gara-gara internet di rumah tidak berjalan dengan lancar
hanya disebabkan itulah menyebabkan aku malas menjengah laman ini berdasarkan kadar upload yang terlalu perlahan
namun…
itu hanyalah alasan semata-mata
bak kata pepatah….”hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”
dalam masa sebulan ini, ramai antara kenalanku yang ahli keluarganya pulang mengadap Ilahi
baik di alor setar, baik di puchong, baik di muar
serata ceruk rantau, asal namanya makhluk الله maka sudah pasti ianya akan kembali kepada-Nya
cuma…
bagaimana proses “roh meninggalkan badan” itulah yang membezakannya
buat kenalan-kenalanku…..
redhakanlah pemergian mereka ke “Sana”
relakanlah kepulangan mereka ke “Sana”
hadiahkanlah kepada apa yang patut buat bekalan mereka di “Sana”
doakanlah agar kita dipertemukan semula dengan mereka dalam keadaan yang baik
semat dan simpan kenangan bersama mereka seerat yang mungkin
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ
وَارْحَمْهُ
وَعَافِهِ
وَاعْفُ عَنْهُ
وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ
وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ
وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ
وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ
وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ
وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ
وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ
وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ
وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
أمين
والسلام



Comment from sahaini ahmad safian
Time 30 August 2010 at 21:37
اللَّهُمَّ جَافِ اْلاَرْضَ عَنْ جُنُوبِهِمْ وَ صَاعِدْ إِلَيْكَ أَرْوَاحَهُمْ وَ لَقِّهِمْ مِنْكَ رِضْوَانًا وَ أَسْكِنْ إِلَيْهِمْ مِنْ رَحْمَتِكَ مَا تَصِلُ بِهِ وَحْدَتَهُمْ وَ تُونِسُ بِهِ وَحْشَتَهُمْ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Ya Allah, luaskan kuburan mereka, muliakan arwah mereka, sampaikan mereka pada redha-Mu, tenteramkan mereka dengan rahmat-Mu, rahmat yang menyambungkan kesendirian mereka, yang menghibur kesepian mereka. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Amin