hadiah 2010 untuk rakyat malaysia
assalamualaikum
tahniah diucapkan buat skuad negara bolasepak malaysia atas kemenangan (meskipun tidak berapa bergaya) ke atas indonesia. meskipun kalah di gelanggang lawan namun menang dari segi agregat
sesungguhnya saya selaku bukan peminat fanatik bolasepak mengucapkan tahniah ke atas kejayaan anda semua ahli pasukan harimau malaya ke atas kemenangan tersebut
moga hadiah akhir tahun 2010 ini menjadi pembakar semangat buat pelapis bolasepak dan diri anda sendiri
wassalam
p/s : mereka telah mengharumkan nama negara, apakah sumbanganku kepada negara..??
Comments
Comment from nunjimmimya
Time 31 December 2010 at 17:56
harapnya begitulah insya-allah
namun pada hemat aku..
ada baiknya kita bentuk generasi anak-anak soleh yang mana bila besar nanti mereka dapat memilih jalan yang diredhai
walaupun mereka bergiat cergas dalam bidang sukan sekalipun
amiin..



Comment from saha-ini ahmad
Time 30 December 2010 at 01:17
sumbangkan anak-anak yang soleh-solehah ajelah kita mampu nampaknya. mungkin kalau ada rezeki, boleh bina pasukan bola sepak… kalau kurang berpeluang, mungkin beregu badminton.