nunjimmimya.my

me nunjimmimya

Skip to: Content | Sidebar | Footer

memenatkan nafisatul ‘ilmi siri 1

20 February, 2011 (22:36) | merepek | By: nunjimmimya

assalamualaikum

semakin lama semakin malas untuk mengemaskini blog..
malas sungguh dan sesungguhnya aku sangat malas
mungkinkah ianya disebabkan kekeringan idea untuk menulis di hadapan macbookku..??

buat masa ini aku lebih senang memblog di iphone kerna aku boleh menulis sambil menyilang kaki dalam keadaan berbaring seperti sekarang ini ;)

aku tinggalkan masalah malas aku.

hujung minggu ini merupakan minggu yang memenatkan puteriku si nafisatul ‘ilmi..
mana tidaknya, 2 hari sabtu dan ahad digunakan sepenuhnya untuk kami 3 beranak ber’dolan’..
balik kampung bukit kapar dah semestinya. tapi ‘ilmi terlebih dahulu naik KL untuk mengambil abahnya dan seterusnya singgah makan di kafe ‘kak lang’ di desa coalfield (batu arang…??)

sementara menunggu makanan, mamanya sempat menjengah butik pakaian kak lang dan ternyata beliau berkenan dengan beberapa corak pakaian..
“alamat kering la poket awak esok lepas dapat gaji yanti” :p

‘ilmi yang kelihatan keletihan cuba untuk bersekang mata melihat kami makan..
dan akhirnya, masuk saja ke kereta dan disulami dengan menyusu maka beliau terus melayari bahteranya

namun bahteranya hanya belayar sementara berikutan perjalanan kami telah tiba di destinasi kampung bukit kapar..
menyapa dan bermain seketika bersama neneknya, terus saja dia ‘shutdown’
esoknya…..buat pertama kali ‘ilmi bangun lebih lewat dari mama dan abahnya

misi berjaya….

hari ahad bagaimana pula..??
tunggu esok pagi, jam berapa pula tuan puteri ini mahu bangun dari beradunya :)

wassalam

Write a comment





Plugin from the creators of Brindes :: More at Plulz Wordpress Plugins