surat terbuka permohonan kemaafan
di kala meniti langkah ke dunia abadi..
ada kalanya tercicir, melencong seketika..
dalam mengejar mencintai allah dan manusia..
ada kalanya tersasar dan terpesong dek godaan yang menggoda
dalam mengejar kesempurnaan pertuturan dan budi bicara..
ada kalanya tercicir, terlepas bahasa..
sakit hati, busuk hati dengan kata-kata nista dan menyakitkan merupakan adat dalam mengharungi kehidupan seorang manusia..
kerana bijaksana pernah berkata, cabaran dalam kehidupan adalah proses kematangan dan mematangkan diri sebelum kita bersedia ke ‘sana’
kadangkala dianya menyangka, tiada masalah berkata sedemikian rupa
rupanya ada yang sangat terasa
jadi…
maafkanlah aku yang sedang menuju ke dunia kekal abadi..
moga di sana nanti tiadanya aku berhutang dengan sesiapa lagi..
agar dapat masuk ke syurga abadi..



Comment from sahaini ahmad safian
Time 21 January 2012 at 12:49
rangkap terakhir yang terbaik. tujuan kita di dunia ini ialah meneruskan perjalanan hidup yang kita mulakan dari alam roh. Kita sudah lalui alam rahim dan sedang di alam dunia. kita pasti tempuh alam barzakh dengan keyword sakaratul maut. allahuakbar! semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan semasa meniti setiap alam terutamanya yang mendatang ini, di dalam kubur, di padang mahshar dan di akhirat.