fuh..lega

السلام عليکم

wah wah..

sudah lama aku tidak berjaya meluangkan masa untuk menjengah ke halaman rumahku
apa khabarkah lamanku ini, sepikah..?? ceriakah..?? banyak posting dengan bebelan mana update kah..??
aku benar-benar memohon maaf
kelapangan masaku pada masa yang lepas benar-benar teruji
dan الحمدلله segalanya berjalan dengan lancar

apa yang telah berlaku..?? kita saksikan secara mengundur 🙂

cerita 1 : ISO
kerana kemalasan yang melampau, aku telah mengabaikan tugas sampingan sebagai pencantik (KFKian!! bolehkah aku menggunakan perkataan ini..?? 😉 ) pencatit ISO.
natijahnya, sebulan aku luangkan masa menyiapkan segala dokumentasi yang perlu untuk dipersembahkan kepada auditor yang mana mereka ini didatangkan khas dari SIRIM
apa lagi, bermalamanlah aku di pejabat dengan pelbagai kerja, mengedit, memformat, juga membebel kerana teramat rajin 😉
pada masa ini, si dia agak hairan kerana acapkali aku berkunjung ke pejabat di luar waktu pejabat

dan kini, petang tadi berakhirlah acara pulun-memulun menyiapkan segala dokumentasi yang perlu kerana auditor telah berjaya menghabiskan masa meneliti dokumen
dan hasilnya…. 0 NCR bersama 3 OFI
tidak lupa juga bebelan dari pengurus kerana maklumat dari bahagianku teramat ringkas (1 OFI tu adalah dariku)

dan sekarang, aku meneliti dan cuba memenuhi tuntutan rakan-rakan untuk melihat hasil yang mereka tunggu sekian lama

cerita 2 : takziah
aku tahu yang ianya agak dan telah lambat untuk mengucapkannya
namun, teringin juga aku mengucapkan takziah di atas ‘kepulangan’ bapa mertua ‘sahaini’ dan bapa ‘siti rahayu’ ke pangkuan-nya
perkenalan aku dengan keluarga ayu boleh dikatakan agak lama sejak aku di tahun 4 di UTM dan ditakdirkan rakanku menjadi sebahagian dari keluarganya.
maka bertambah erat hubunganku dengan keluarga beliau.

tidak sempat aku menjengah arwah kerana sesampainya kami tatkala jenazah telah selamat disolatkan oleh orang kampung
namun begitu, aku gagahi diriku untuk bersama-sama sehingga selesai proses pengkebumian jenazah

ayu : “sabarlah. semuanya kehendak dia. welcome to my club 🙂
saha : “ambillah iktibar. segalanya telah ditentukan”

kepada yang masih mempunyai bapa, walaupun beliau banyak membebel, dialah pendorong kamu, dialah madumu, dialah racunmu, dialah ‘pokok’ yang mana kita sentiasa berteduh di kala panas terik.
layanilah dia sepenuh jiwa ragamu

selamat hari bapa abah. kami sekeluarga akan sentiasa ‘menghadiahkanmu’ sebagai bekalanmu di sana!!

cerita 3 : tukar status
cerita ini berkisar pada seminggu yang lepas di mana seorang sahabat telah berjaya menukarkan statusnya sebelum usianya mencecah tiga puluh sen
pertemuan yang hanya berumur dua bulan nyatalah membuatkannya tidak berfikir panjang untuk mencabar dirinya pada satu fasa yang baru. si dia ternyata membuatkan hatinya tidak teragak-agak untuk mengatakan bahawa “she’s the one

lalu langkah seterusnya dilakukan. satu sesi ringkas telah dilakukan bagi menyatakan hasrat menyunting bunga di laman

-terima kasih diucapkan pada yang hadir
-tidak lupa juga ribuan terima kasih pada rakan-rakan yang sudi menjadi ‘pembuka jalan’ untuk ahli keluargaku
-setinggi penghargaan tidak terhingga pada mama yang meredah jauh dari utara semata-mata untuk bertemu mata dengan bakal menantunya. terima kasih mama 😉
-tidak lupa pada ahli keluarga yang sudi meluangkan masa dan wang ringgit ke meru bagi meraikan majlis tersebut

rasanya ini sajalah perkongsian cerita buat masa ini
انشاء الله ada rezeki kita akan ditemukan di lain masa

والسلام

4 thoughts on “fuh..lega

Sudikanlah lontar komentar anda :)