gila duit – tak ke mana la bang/kak…!!!

السلام عليکم

sana duit..
sini duit..
situ duit..
mana-mana pun duit..

Ya..saya akui yang mana zaman ini duit adalah hampir segalanya
Tapi anda kena ingat, duit tidak dapat dibawa ke ‘sana’
Apa yang dijanjikan di sana adalah amal ibadat yang kita buat di dunia ini..

Sebentar..!!!
– “Dengan duit yang aku dapat ni aku boleh bayaq hutang hang tau tak !!!”
– “Duit yang aku dapat ni, bolehla sikit sebanyak bantu aku postokan ke kampung halaman buat bantu ibu aku”
– “Kalau aku takde duit, bagaimana nak bantu ibu ayah di kampung. bukan ke aku buat amalan tu !!!”

Duhai Saudara Seislamku..
Ingatlah bahawasanya bukan mudah untuk mencari yang halal
Sentiasalah kita berhati-hati dalam mencari yang halal
Meskipun kita sedar cabaran dan dugaan yang الله berikan itu amat mencabar, namun الله sentiasa memberikan cabaran dan dugaan yang mana ianya dalam kemampuan kita untuk menanganinya

Selalu diutarakan dalam ikim.fm..
“Mencari yang halal itu fardu ke atas setiap muslim”

Pelbagai pihak telah memberikan komen terhadap projek “wang segera” ini
Namun berapa ramai yang ambil kisah dan ambil peduli atas permasalah yang timbul
Seringkali isu wang segera (skim cepat kaya) hanya menjanjikan kemewahan dunia yang kita tidak kenal pasti kemewahan tersebut adalah ubat atau racun untuk masa hadapan

Sudah banyak saya mendapat notifikasi dalam FB berkenaan kawan-kawan saya ditanda di gambar yang menjanjikan pendapatan harian melebihi RM100.
– Sedar atau tidak dari mana datangnya duit itu..??
– Sedar atau tidak adakah anda berusaha untuk mendapatkan keuntungan..?? RM100 yang dibayar itu bukanlah pelaburan
– Sedar atau tidak yang duit yang anda dapat itu, jika diberi makan pakai pada keluarga anda, ianya lebih menambahkan musibah daripada manfaat..??

Tidak perlu ditanya lagi dari mana datangnya persoalan tersebut
Telah banyak kali saya telah meminta pihak yang suka mengiklankan ‘wang segera’ ini menjengah Perbincangan Ustaz Zaharuddin berkenaan Infinity Downline, namun mereka memberikan links Ustaz Ahmad Syukri vs Ustaz Zaharuddin
Amat mengecewakan kerana mereka tidak dapat memberikan bukti yang kukuh bagi memperjuangkan ‘wang segera’ melainkan memberikan links yang saya kira tidak bertepatan dengan isunya. Suka saya jika pembaca memberikan links sebenar perdebatan itu dan seterusnya memperkenalkan saya dengan ustaz tersebut.
Mungkin saya juga salah kerana tidak mahu mendengar penjelasan dari rakan yang menjemput kerana secara automatik saya menganggap mereka mengajak saya untuk memasuki program Downline tersebut

Cukuplah sekadar ngomengan karut saya.
Mungkin hendak dibaca atau tidak saya tidak berapa pasti. Maklumlah nanti saya dianggap sebagai “menutup periuk nasi” seseorang
Sekurangnya saya telah mencuba untuk memaklumkan pada pembaca sekalian bahawasanya mudah untuk mencari wang yang halal jika bertepatan dengan kaedah dan caranya
Tanyalah pada ustaz atau guru yang mahir dalam Kewangan Islam bagi menjamin keselamatan kita Dunia dan Akhirat

Sebelum mengakhiri karutan saya ini, saya memohon maaf kepada saudara Ustaz Syukri sekiranya beliau terasa hati dengan links yang telah saya letakkan di atas.

والسلام

p/s : jika berkesempatan insya-allah saya cari artikel dalam english bagi membantu menjelaskan kepada yang tidak pandai membaca tulisan Melayu

Sudikanlah lontar komentar anda :)