gila lama..!!!

apa yang lama..??
lama sungguh aku tak update di sini
nak kata sibuk dengan kerja..hmm..manada..merepek la keje aku sibuk
cuma bila masa teringin nak update..ada je halangan..malas la yang paling banyak alasannya 😀
ada beberapa idea yang aku teringin berkongsi dengan kengkawan..
whether you want to read it or not, it’s up to you

Post Merepek #1
~ Ye ke kerana Agama, Bangsa dan Negara ??? ~
sebolehnya aku tak mahu komen kat sesiapapun..
tetapi……
kamu kata gagasan kamu menyokong sepenuhnya AGAMA, BANGSA dan NEGARA
tetapi sedarkah kamu yang kamu sedikitpun tak menghormati waktu zohor yangmana azan sedang berkumandang
dan kamu sesuka hati kamu berSYARAH, berUCAP gahkan BANGSA dan AGAMA yang kamu sanjung..kononnya
tahu tak kamu, waktu kamu mula berucap tu masuknya waktu zohor !!!???

apalah salahnya, kamu sebagai orang no 1 bercakap begini..
“saya memohon agar semua perwakilan dapat bersama saya menunaikan solat zohor sebelum kita menutup perhimpunan kita”
bukankah ianya menampakkan dan menserlahkan ketokohan kamu untuk mentadbir negara ???

pendapatku..
kamu dan gagasan kamu tu cuba perjuangkan bukanlah ABN tapi BNA !!!

p/s : i’m pissed off so this is the best that i can express my intention

Post Merepek #2
~ earth hour – berapa kerat kita ~
sapa yang tutup lampu tadi sila angkat tangan ?? 😉
berdasarkan pemerhatian..
aku berpendapat rakyat malaysia tidak mengendahkan saranan WWF

aku sendiri ada anak saudara yang sebolehnya nak rumahnya nampak terang benderang
pernah terjadi dia melalak suruh pasang suis lampu bilamana bekalan elektrik terputus

p/s : berapa peratuskah kesedaran kita terhadap pemanasan global dan PEMBAZIRAN TENAGA ye 😉

Sebelum Kempen Earth Hour Bermula
Sebelum Kempen Earth Hour Bermula
Semasa Kempen Earth Hour berjalan
Semasa Kempen Earth Hour berjalan
ku berterima kasih pada tuan punya ini flickr kerana menguploadkan detik earth hour dan aku mohon maaf kerana tidak meminta kebenaran darinya untuk meletakkan dalam blogku
sila maklumkan jika anda inginku membuang gambar ini 🙂

One thought on “gila lama..!!!

  1. apa yang merepek ni labu. 🙂

    ha… baru aku nampak post. sibuk? apa yang sibuk sgt tu? ada jiwa yang perlu diambil peduli ye? ekekekekeke. anyway, susunan perkataan yang mengulas isu politik sgt mencabar jika kita ni bernamakan Melayu. Sebab kita Melayu ni ramai yang bersopan (ada juga yang tidak). Dah bila kita bersopan, kita mengulas dengan sopan. Jadi kiasannya yang lebih banyak. Sama ada sasaran kita faham dengan maksud kita atau tidak? Wallahualam.

    Berkenaan hal “earth hour” tu, aku sarankan gina bahasa melayu. Yelah, ramai yang tengah ada komplikasi dengan bahasa. Nak pilih bahasa mana yang diperjuangkan. s
    🙂

Sudikanlah lontar komentar anda :)