hilangnya tulisan jawi

السلام عليکم

ساي مراس ترڤڠݢيل اڤابيلا ممباچ ساتو ارتيکل درڤد تهيمالايينسيدير يڠمان اد ساتو ڤروفيسسور دي اونيۏرسيتي سلاتن تاناهاير ممباهسکن تنتڠ ڤنتيڠ ڽا بهاس ملايو سباݢاي بهاس ڤنديديقن بوليه روجوک دي سيني اونتوق معلومن لنجوتکڤنتيڠان بهاس ملايو سباݢاي بهاس علمو

ايسو بهاس ملايو يڠ ماکين ديڤيڠڬيرکن اين اداله ساتو هال. هال بربڠکيت يڠ باکل مونچول اداله توليسن جاوي اکن هيلڠ سلڤس بهاس ملايو ديڤيڠڬيرکان. سودهله سکارڠ اين توليسن جاوي هاڽأ داڤت دداڤتي دي تمڤات-تمڤات ڤنديديقن سهاج دان بوکن لاݢي دي سرات تمڤت

سکيراڽا ڤمباچ مڠاتاکن بهاوا توليسن جاوي ماسيه وجود دي ڤاڤنتاندا نام جالن, سيلا چوڠک ڤراتوسن يڠ ممباچ توليسن رومي بربنديڠ توليسن جاوي

ساي مڠهارڤکن کيت بڠسا ملايو کمبالي ممرتبتکن توليسن جاوي
دهولو, دڠن جاوي ساي مڠنل هروف عرب مک سلاياکڽا کيت ککلکن سبݢيتو اونتوق ݢينراسي انق-انق کيت ڤد ماس منداتڠ

والسلام

 

Assalamualaikum

Saya merasa terpanggil apabila membaca satu artikel daripada TheMalayInsider yangmana ada satu professor di Universiti selatan tanahair membahaskan tentang pentingnya Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan.

Boleh rujuk di sini untuk makluman lanjut
Kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu

Isu Bahasa Melayu yang makin dipinggirkan ini adalah satu hal. Hal berbangkit yang bakal muncul adalah tulisan jawi akan hilang selepas Bahasa Melayu dipinggirkan. Sudahlah sekarang ini Tulisan Jawi hanya dapat didapati di tempat-tempat pendidikan sahaja dan bukan lagi di serata tempat.

Sekiranya pembaca mengatakan bahawa Tulisan Jawi masih wujud di papantanda nama jalan, sila congak peratusan yang membaca tulisan rumi berbanding tulisan jawi 🙂

Saya mengharapkan kita Bangsa Melayu kembali memartabatkan Tulisan Jawi.
Dahulu, dengan jawi saya mengenal huruf Arab maka selayaknya kita kekalkan sebegitu untuk generasi anak-anak kita pada masa mendatang.

Wassalam

3 thoughts on “hilangnya tulisan jawi

    1. telefon tak dapat menggunakan bahasa melayu yang lengkap kerana tiada atau kurangnya sumber yang membantu pembangunan bahasa melayu di dalam telefon secara tuntas namun kedapatan pembangunan yang intensif dalam bahasa Indonesia.

      mungkin DBP patut serius dalam membantu pembangun perisian antarabangsa dalam memperkayakan bahasa Melayu dalam sistem mereka 🙂

Sudikanlah lontar komentar anda :)