Hisab Diri

Sebelum salahkan orang lain atas kesusahan yang kita terima. hisab dulu apa salah kepada:

  • Ibubapa
  • Pasangan
  • Anak
  • Rakan Taulan dan
  • Rakan Niaga yang telah kita sontotkan mereka berulang kali
  • Jiran

Terutamanya salah kita kepada Yang Maha Segalanya.

Lunaskan hutang:

  • Tanggungjawab kepada ibubapa.
  • Tanggungjawab kepada pasangan dan anak.
  • Tanggungjawab terhadap sekeliling.

Saya sendiri pun masih berhutang gambar kawin yang dah berlapuk tertangguh. Juga hutang dengan Ibu yang acapkali mencipta alasan untuk berbakti kepadanya (Jangan IKUT teladan ini!). Belum lagi dicampur hutang yang saya dah tak ingat.

Sudah selesai yang di atas, barulah bertanya sekali lagi kepada yang Maha Mengampun moga diilhamkan ikhtiar kemaafan yang terbaik yang Dia akan terima jika kita amalkannya.

Jangan pelik dan jangan hairan sekiranya kita berasa semacam terlalu kerap dugaan yang diterima. Tuhan memberinya supaya kita ingat apa yang kita perlu ingat.

Ingatlah yang Tuhan itu Maha Adil dan Adilnya adalah bertempat.

*Gambar diambil daripada kiambangmerah.com

Sudikanlah lontar komentar anda :)