‘idul fitri, syawal dan anak syawal serta bulan haji

assalamualaikum

sedar tak sedar, bulan syawal telah hampir untuk melabuhkan tirainya..
tatkala bertarikh 2 syawal maka bermulalah perjalanan hidup terbesar bagi umat islam yang mana telah menerima jemputan sebagai tetamu teristimewa di muka bumi.
satu jemputan yang mana sekiranya seseorang itu dijemput maka dia akan rasa amat berbesar hati.
jemputan untuk ke tanah suci mekah al-mukarramah

pada masa inilah kiranya ramai sahabat handai yang akan bersedia dengan pen dan kertas serta mengarang apakah jenis bentuk doa yang hendak dikirimkan untuk didoakan oleh tetamu allah tersebut
doa agar dimurahkan rezeki..
doa agar disenangi oleh sekeliling..
doa agak untung besar dalam perniagaan..
dan pelbagai lagi doa yang bakal dinukilkan untuk diberikan kepada tetamu allah yang bakal berlepas sedikit masa lagi..

bagaimana dengan syawal..?? ‘idulfitri..??
kiranya inilah pengalaman kedua beraya di perantauan..
cuma kali ini sangatlah istimewa sebab beraya di kampung kedua..kampung sang isteri
dapatlah merasa ‘baraan’, satu kata nama bagi berjalan secara berkumpulan dari rumah ke rumah..
jauh sungguh perjalananku..

namun..
raya kali ni sedikit sebanyak agak terbatas pergerakan..
sebab aku membantu sahabatku menyelamatkan data-data dari Hard Disknya yang boleh diklasifikasikan sebagai menghampiri ke tahap jahanam
sekurangnya 85% datanya telah berjaya diselamatkan..sampai sekarang masih lagi belum siap disebabkan keadaan Hard Disk tersebut semakin parah…dan aku sendiri yang merehatkannya..
mungkin minggu depan akan bermula kembali operasi yang tertangguh tersebut 😉

yang gembiranya..
syawal ini adalah bulan yang mana statusku akan bertambah dan tanggungjawab bertambah berat..
aku telah menjadi ‘abah’ tatkala 14 hari di bulan syawal
aku ucapkan selamat datang kepada puteri kami (najmi dan zuviyanti) nafisatul ‘ilmi binti mohammad najmi
kelahirannya pada khamis jam 10:21 pagi seberat 3.48kg yang memang dinanti-nantikan telah menceriakan hidup kami anak-beranak dan keluarga kedua-dua belah pihak
gembira di hati bilamana dapat melihat anak, mengazankan serta mengiqamahkan beliau..
moga dia senantiasa menjadi permata hati kami insya-allah…….

wassalam

One thought on “‘idul fitri, syawal dan anak syawal serta bulan haji

  1. بارك الله لك في المو هوبي لك,وشكرت الواهب,وبلغ أشده,ورزقت بره
    Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri pemberianNya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.

    Amin.

Sudikanlah lontar komentar anda :)