Israel atau Hawariyun

*Diolah daripada 30 Minit Ustaz Don, TV al-Hijrah

Sebenarnya Ustaz Don bukanlah bercerita perihal mereka. Siri tersebut adalah bercerita perihal sejarah 4 rakaat Solat Isyak yang mengambil iktibar daripada Syukurnya Nabi Musa ke atas 4 perkara.

Namun satu perkara yang menarik perhatian apabila beliau menceritakan keadaan sahabat-sahabat Nabi Muhammad semasa persediaan mereka untuk Peperangan Badar.

Pada masa tersebut, Baginda berjumpa dengan sahabat untuk bertanyakan perihal kesiapsiagaan mereka untuk menempuh peperangan esok hari. Baginda gusar kerana khuatir akan persediaan Mental dan Emosi mereka.

Namun jawapan yang diberikan oleh para sahabat benar-benar di luar jangkaan. Sambil memetik ayat quran mereka berkata (olahan saya)

Janganlah risau akan kami kerana kami sama sekali tidak akan jadi seperti Bani Israel yang tidak mahu memasuki Baitul Maqdis sebaliknya hanya membiarkan Nabi mereka (Musa) sahaja memasuki kota tersebut dan hanya memanggil mereka masuk hanya setelah kota tersebut Nabi Musa taklukinya.

Tetapi kami akan jadi seperti Hawariyun yang tetap bersama Nabi Isa sehingga akhirnya.

Teladan yang baik akan sentiasa dituruti sehingga akhir zaman. Cara paling mudah adalah dengan mengikuti Sunnah Rasulullah dan Amalan Para Sahabat.

Bagaimana dengan teladan kita. Adakah kita:

  1. Menunggu kejayaan memanggil atau
  2. Bersama berjuang memerah keringat dan darah sehingga kejayaan dapat digapai

Hayya ‘ala al-Falah

Sudikanlah lontar komentar anda :)