jawi dan adobe indesign

السلام عليكم

sungguh lama tidak bercoretan di sini
namun begitu ini bukanlah alasan untuk mengabaikan nunjimmimya.my ini
pelbagai perancangan di minda sehinggakan tidak tahu mana yang perlu didahulukan

setelah lama tidak menulis berkenaan penulisan jawi, kini saya dipertemukan dengan satu cabaran
ipar telah bertemu dan menyatakan masalahnya yang tidak boleh menulis jawi dalam Adobe InDesign CS4
buat yang tidak mengetahui, Adobe InDesign adalah salah satu daripada authoring tools atau Desktop Publishing (DTP) untuk merekacipta mukasurat untuk dipaparkan pada majalah. saya percaya ianya adalah model upgrade dari Adobe PageMaker yang dahulunya sungguh gah sebagai pengedit majalah terulung di zaman saya masih di Universiti

apabila disemak, penulisan jawi dan arab tiada masalah pada pelayar internet (Firefox dan Safari)

yang menjadi masalah apabila ianya di copy paste pada InDesign tersebut. bukan tulisan yang menjadi masalahnya kerana tulisan berjaya dipaparkan pada skrin komputer dengan mudah.

masalahnya adalah pada sambungan bagi setiap perkataan

saya berikan contoh

seperti yang anda lihat browser anda selaku pembaca website nunjimmimya.my ini dapat melihat huruf arab dipaparkan dan huruf-hurufnya bersambung tanpa sebarang masalah
tapi apabila diletakkan pada InDesign, tulisan tersebut tidak bersambung

tulisan jawi

perlu diingatkan bahawasanya gambar tulisan di atas adalah diambil daripada mesin yang menggunakan MacOS mesin yang menggunakan windowsOS tiada masalah pada tulisan jawi pada microsoft word

jadi, apa yang perlu dibuat….

saya masih belum dapat mengenalpasti masalah tulisan ini

cuma yang saya pasti adalah InDesign tidak berjaya menggunakan utf-8 secara efektif untuk menempelkan perkataan jawi tersebut kedalamnya

jika anda ada sebarang cara untuk menyelesaikan masalah ini, sila letak didalam komen dibawah
sekiranya berjaya, saya akan mengemaskini post ini beserta penyelesaiannya

terima kasih kerana membaca

والسلام

7 thoughts on “jawi dan adobe indesign

  1. 🙂

    Aldus Pagemaker –> Adobe Pagemaker –>> Adobe Indesign.

    Lebih tepatnya, Produk Adobe (Illustrator, Photoshop, Indesign etc) yang bukan region Adobe Arabic, memang ada masalah tersebut.

    Aku atasi (bukan sepenuhnya dapat atasi, masih ada gelincir) dengan cara eksport text arabic/jawi tersebut ke pdf, kemudian open di Adobe Illustrator dan jadikan Outline.

    Jika ayat memang dalam ejaan arab, kurang bermasalah berbanding ejaan jawi. Sebab dalam ejaan jawi, ada tambahan kepada huruf-huruf yang tiada dalam ejaan arab (cthnya, huruf Pa, Nya, Va).

    Jadi untuk huruf-huruf yang tanda titiknya tidak betul, aku cipta dengan mengeditnya di dalam Adobe Illustrator. Manakala huruf yang tetiba lari dari seni khatnya, aku re-create berdasarkan bentuk huruf yang hampir dengan nya.

    Ya, memang leceh sedikit… 🙂

  2. salam wbt.. Tuan boleh menggunakan Adobe® InDesign® CS5.5 Middle Eastern with English menu.. Terima kasih

Sudikanlah lontar komentar anda :)