khutbah jumaat terakhir tahun 2010 yang kudengar

السلام عليكم

pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada perdana menteri atas persetujuannya untuk mewartakan bahawa hari ini (jumaat 31 dis 2010) sebagai cuti umum. ini membolehkan kami kaum lelaki muslim merehatkan diri bersama keluarga tercinta dan seterusnya membolehkan kami lebih bersedia untuk menghadiri ‘mesyuarat’ mingguan di masjid. juga berterima kasih kerana membolehkan kami bersolat jumaat di masjid berhampiran tempat kediaman kami yang mana biasanya kami akan bersolat jumaat di masjid yang berdekatan dengan tempat kerja.

khutbah yang disampaikan oleh khatib masjid kampung bukit naga sampaikan kali ini padaku amatlah menarik perhatianku kerana ianya lebih berkisar pada pembentukan ummah melalui solat. walaupun tidak dapat mengingatkan secara keseluruhannya namun sedikit dan informasi yang akan ku utarakan ini adalah cukup bagi membuktikan sekurangnya aku bukanlah seorang jemaah yang suka tidur di kala khatib sedang berkhutbah 😉

solat itu adalah tiang agama, barang siapa yang mengerjakannya maka dia menegakkan agamanya, barang siapa yang tidak mengerjakannya maka dia meruntuhkan agamanya

berkata khatib tersebut lagi

telah berkata imam hambali bahawa barang siapa yang meninggalkan solatnya itu maka KAFIRlah dia

yang membezakan antara seorang mukmin dengan musyrikin adalah solatnya

seorang pemimpin yang mana dianya sibuk membicarakan masalah dunia sehinggalah ditinggalkan solatnya maka beliau akan ditempatkan bersama firaun di akhirat kelak

seorang ahli politik yang sibuk berbicara pasal politiknya sehingga ditinggalkan solatnya maka mereka tersebut akan ditempatkan bersama haman (penguasa di zaman firaun)

mana-mana ahli perniagaan yang sibuk mencari dan mengumpul harta dunia sehinggakan solatnya terabai maka dia juga di akhirat sana akan ditempatkan bersama qarun (pengumpul harta di zaman firaun)

adalah dia yang suka berdebat, berbahas sehingga terabai solatnya maka dia akan ditempatkan bersama abdullah bin ubai (pemimpin kaum munafik di zaman rasulullah) di akhirat sana

sungguh merisaukanku peringatan dari khatib berkenaan perkara solat ini.

ujar beliau lagi, bermulanya seorang anak muda mudi remaja yang rosak dan kurang bagus akhlaknya adalah disebabkan mereka tersebut meninggalkan solat, dan berkemungkinan lebih teruk adalah apabila contoh kurang ambil berat pasal solat ini diambil dari ibubapanya yang mana mereka tersebut tidak ambil peduli akan kepentingan bersolat

ayuh pembaca sekalian, bersempena tahun masihi yang bertukar tahun ini
perkuatkanlah azam anda !
perbaikilah solat kita !
jangan jadikan kita berada dalam kumpulan yang telah disebut di atas tadi
jagalah solat kita, solat anak isteri kita. jangan dijadikan solat tersebut adalah penghalang kita untuk memasuki syurga الله kelak

selaku penulis, aku juga mesti perkuatkan azamku

selamat tahun baru 2011 masihi

والسلام

Sudikanlah lontar komentar anda :)