mak..aku nak ponteng sekolah !!!

mak :
abu…
oh abu..
bangun..sekolah..

abu:
malaslah mak..!!!

mak:
ok…..

السلام عليكم

aduhai..
betapa mudahnya anak-anak zaman sekarang memonteng sekolah..
siap dapat kebenaran ibu ayah lagi..

apa yang terjadi dengan sistem pembelajaran di sekolah dewasa kini..??
adakah pembelajaran di sekolah tidak berjaya menarik perhatian anak-anak muda zaman sekarang yang rata-rata pemikiran mereka lebih kepada sukakan hiburan..

ye..
diakui. pada mereka, hiburan adalah segalanya

agak mengecewakan apabila ibu bapa sendiri seolah-olah redha dengan kehendak anak mereka tersebut
lainlah kalau mereka terpaksa memonteng disebabkan membantu ibu dah ayah membanting tulang demi sesuap nasi mereka..

tidakkah mereka terfikir akan penat lelah ibu bapa mereka mencari sesuap rezeki bagi membolehkan anak mereka menyambung persekolahan..??
bagi yang mendapat biasiswa..adakah anda rasa berkat duit biasiswa yang telah anda gunakan..??

kepada cikgu..
adakah pendekatan yang cuba anda bawakan tidak digemari oleh anak-anak didik anda..??

kepada ibu bapa..
ingatlah akan pepatah lama sebelum terlambat…”sayang anak tangan-tangankan”

والسلام

2 thoughts on “mak..aku nak ponteng sekolah !!!

  1. kita pula, apa peranannya.
    jujurnya, kita kena pandai berperanan,tagakku.
    walau bagaimanapun, bagaimana tindakan kita mencapai keberkesanan. itu pula lah cabaran kita.

    kita akan nampak ibu, ayah sepatutnya tegas.
    kita akan rasa, cikgu perlu menjadi teladan.
    kita meneriak, masyarakat perlu mendidik.

    kalau aku.
    bila nampak budak sekolah hisap rokok dalam pakaian sekolah. aku mengeleng kepala.
    kalau aku.
    nak ditegur budak sekolah itu, bagaimana caranya?

    kalau aku.
    bila maka bapak hisap rokok depan budak-budak. aku menunduk kesal.
    nak ditegur bapak budak itu, bagaimana caranya?

    senyum umpama kerang busuk…

  2. kita sebagai masyarakat sebenarnya patut membantu dalam mendidik anak-anak bangsa dalam proses pematangan fikiran mereka

    namun begitu..
    zaman sekarang ini, ramai ibubapa tiada lagi rasa ‘jaga tepi kain orang’ apabila melibatkan kerenah anak masing-masing
    ini kerana apabila orang sekeliling mengkhabarkan berita yang kurang enak perilaku anak mereka, mereka akan merasa sangat jelik seolah-olah mereka telah membuka pekung di dada sendiri

    kembalikan kembali rasa ‘jaga tepi kain orang’ atau lebih sopan lagi, ‘anak kamu anak aku juga’
    sedikit sebanyak teladan dari kampung yang jauh nun di ceruk patut diteladani bagi memastikan anak-anak kita terjaga

Sudikanlah lontar komentar anda :)