mana satu anda pilih

السلام عليكم

post kali ini mudah, pendek, ringkas dan padat

Yang mana satu anda pilih

  • Agama, Bangsa, Tanahair

atau

  • Bangsa, Tanahair, Agama

ataupun

  • Bangsa, Agama, Tanahair

Maaf andaikata post kali ini keberatannya seperti ingin memancing undi
tapi telah lama aku fikirkan dan keberatan untuk meletakkan di sini gara-gara bimbang rakan taulan akan memandang serong

Aku sebagai orang yang boleh dianggap budak kampung memilih untuk memelihara Agama melebihi segalanya
Aku tidak sanggup melihat anak bangsaku yang mana iman mereka pada masa ini rapuh mudah terpengaruh dengan dakyah sesat lagi menyesatkan samada terselindung ataupun terang-terangan

Muhammad s.a.w ada menyatakan bahawa akan sampai satu masa di mana betapa ramainya Umat Islam sepertimana buih-buih di lautan namun mereka telah ditimpakan Allah dengan satu penyakit yang mana penyakit itu adalah

Cintakan Dunia
Takutkan Mati

Komen dialukan tapi biarlah ianya di atas pagar mana-mana parti yang ada di Malaysia agar tiada pihak yang terasa hati 😉

والسلام

One thought on “mana satu anda pilih

Sudikanlah lontar komentar anda :)