Manusia: Pujian dan Sindiran serta Kemajuan

Manusia biasa telinganya hanya sanggup mendengar puji-pujian dan kata-kata indah meskipun maksud tersiratnya sebagai contoh: “Kau dah tak hidup lama dah!”

Manusia separa hebat adalah dia yang antara sanggup tak sanggup mendengar sindiran pedas ke atas dirinya. Walaupun merasa berbulu dan jelek, namun beliau telan dan teruskan hidup.

Manusia luar biasa adalah mereka yang menggunakan sindiran pedas tersebut sebagai pemangkin untuk dia lebih berdaya saing ke arah kemajuan diri. Tiada apa yang menghalangnya selain dari takdir yang telah tertulis untuknya.

KITA YANG MANA SATU!?!?

2 thoughts on “Manusia: Pujian dan Sindiran serta Kemajuan

  1. Ada suatu doa yang seorang ustaz panjatkan kepada pemiliknya. Doa itu macam berbual-bual sahaja, tetapi bersungguh. Titipannya lebih kurang begini, ” Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Engkau layan kami macam raja-raja dengan segala macam kenikmatan di dunia ini. Kami leka dan lupa kerana belaian nikmat itu ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Ampunkanlah kami. Ampunkanlah kami. Ampunkanlah kami. Redhailah kami. Redhailah kami. Redhailah kami.”

    Pandangan hamba ini, kita terleka dengan nikmat sehinggalah nasihat dikatakan sindiran/mungkir dan seterusnya dengan “nikmat” kuasa yang ada pada diri sesorang itu langsung dijatuhkan hukuman kepada pemberi nasihat.

    Wallahua’lam.

    P/S: Marilah kongsi-kongsi nasihat dan peringatan. Aku pun manusia yang terleka dan alpa serta bisa kalah dengan godaan dan nafsu.

Sudikanlah lontar komentar anda :)