Memahirkan diri dengan jawi; Sebutan dan Tulisan

السلام عليکم

Anda masih berminat dengan Jawi?
Sekiranya anda masih terpaut dengan keindahan jawi, pihak JAKIM melalui radio ikim.fm dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah membuat klinik jawi yang bersiaran pada jam 10 pagi setiap Sabtu.

Rajin-rajinkanlah diri anda untuk mempelajari kemahiran jawi

Anda boleh merujuk kepada portal PNM di Jawi di PNM

Apa yang anda dapat daripada rancangan ini adalah teknik menulis dalam tulisan jawi dengan betul. Ini berikutan dengan proses asimilisai perkataan ke dalam perbendaharaan kata Bahasa Melayu yang menyukarkan proses penulisan dan pembacaan jawi.

Di rancangan tersebut, pakar jawi akan membantu anda memahami teknik mengeja dengan betul. Sekali lagi, singgah-singgahlah ke portal tersebut dan dengarkanlah klinik jawi di radio ikim.fm

والسلام

Sudikanlah lontar komentar anda :)