Mencari Networking Drawing Tools

السلام علىكم

Berpindah ke tempat kerja baru (masih di syarikat yang sama) membawa saya ke dunia kerja yang jauh berbeza dari yang sedia ada. Meskipun masih lagi dalam suasana Networking tetapi ianya sangat berbeza. Dunia tanpa Facebook dan Youtube sungguh-sungguh membataskan cara mencari bahan untuk menambah ilmu.

Masih lagi terkial-kial memikirkan kenapakah tempat ini membataskan perhubungan dengan dunia luar? Adakah pekerja-pekerja di sini tidak pandai membahagikan masa mereka antara bekerja dan urusan persendirian ataupun ada sebab-sebab lain (Bandwidth mungkin).

Berbalik pada topik utama

Mengenangkan semangat untuk menggunakan Perisian Percuma (baca: Open Source dan Freeware) masih menebal dan harapnya berkekalan, saya mencari perisian yang bersesuaian dengan kehendak kerja. Kebetulan pada masa tersebut terdapat keperluan untuk mengenalpasti Network disebabkan tiada dokumentasi (maklumlah perkakasan yang terlibat telah berumur lebih 10 tahun)

Carian Google menunjukkan pelbagai Aplikasi yang bersesuaian berdasarkan pelantar masing-masing. Kali ini saya mencari untuk pelantar Windows dan sumber dari Wikipedia menunjukkannya dalam bentuk jadual.

Mana satu pilihan anda. Percuma atau berbayar?
Mari kongsi pendapat anda 🙂

والسلام

p/s: Dalam proses berjinak dengan 10Scape. Harapnya seperti yang diinginilah paparannya 🙂

Sudikanlah lontar komentar anda :)