meningkatkan kemahiran kendiri dan anak bangsa

assalamualaikum

berakhirnya hujung minggu ini bermakna bermulalah sesi persekolahan aku dengan yanti
almaklumlah, kami berdua sambung belajar. cuma bezanya kelas yanti selepas waktu kerja (minggu kerja) manakala aku pula kelas di hujung minggu
moga kami berdua dirahmati allah atas usaha kami untuk memantapkan ilmu di dada untuk dibawa ke ‘sana’ nanti……amin

celotehku kali ini bukan berkisar kepada apa yang aku buat akan tetapi apa input yang aku dapat di minggu pertama persekolahan

kelas pertama yang aku masuki tersebut merupakan kelas yang kali ini boleh dikatakan membuka luas mataku terhadap dunia luar amnya dan negara yang kita duduki ini khasnya. pensyarah tersebut boleh disifatkan sebagai seorang yang terbuka mata, minda dan hatinya terhadap apa yang berlaku di sekeliling. beliau telah jauh dan banyak pengalaman mengembaranya ke tempat orang dan banyak melihat tingkah laku dan ragam masyarakat luar

apa yang beliau cuba sampaikan adalah mudah. “pembentukan dan memantapkan kemahiran kendiri”
perumpamaannya mudah

“orang tua kita menanam durian bukan kerana hendak memakannya esok lusa tetapi untuk dimakan oleh generasi akan datang (anak cucu).
negara kita merupakan pengimport buah-buahan dan dalam contoh ini saya katakan durian dan longan yang kini diimport dari siam.
cuba bayangkan jika kita tidak mengimport lagi atau negara tersebut telah tidak lagi mengeksportnya ke negara kita.
dapatkah kita makan buah-buahan tersebut lagi ?”

apa yang beliau hendak cuba sampaikan adalah negara kita tidak lagi menghasilkan buah-buahan tersebut kerana kita kini lebih kepada mengejar kemewahan dalam bentuk lain.
silap haribulan tak lama lagi anak cucu kita tidak mengenal lagi apa itu pokok durian, mangga, langsat dan buahan tempatan melainkan melihat buahnya sahaja

sekarangpun sudah jadi perkara tersebut di mana anak-anak di kota tidak mengenal ayam hidup. mereka hanya mengenali “peha ayam”,”kepak ayam”,”leher ayam” dan seumpamanya.
mereka hanya dapat melihat haiwan tersebut samada di zoo ataupun di kampung. itupun sekiranya kampung mereka bukanlah di “kampung baru” 😉

ujar pensyarah tersebut lagi

“cuba kita lihat di jepun
tadikanya tak seperti kita
modul pembelajarannya tak seperti kita

apa yang istimewa dengan modulnya ?
– dia mengajar kamu bagaimana untuk menanam pokok
– dia mengajar kamu bagaimana kamu meneruskan hidup sekiranya tiada lagi ibu dan bapa di sisi
– dia mengajar kamu apa yang perlu dibuat sekiranya terjadi bencana seperti gempa bumi”

apa yang anda faham tentang isi penting di atas ?

mampukah anak-anak kita hidup tanpa kita di sisi ?
negara tersebut pernah mengalami bencana yang mengakibatkan anak-anak kehilangan ibu dan bapa serta keluarga
jadi saya berpendapat bahawa adalah baiknya mereka mengajar sesuatu bagi membolehkan mereka ‘survive’ dalam keadaan tersebut

“jepun juga mengamalkan budaya mengenali jiran”

bukankah rasulullah sendiri menggesa umatnya mengenali jiran tetangga
adakah kita mengenali jiran kita ?
adakah kita mengenali jiran selang 10 rumah kita ?
saya sendiri pun belum tentu dapat mengenali mereka

satu soalan terakhir yang beliau ungkapkan yang mana sampai sekarang saya masih terfikirkan mampukah saya……

“sekiranya ada bencana contohnya gempa bumi berskala 5 skala richter hinga 8.5 skala richter sehinggakan habis runtuh bangunan pencakar langit kita, mampukah kita membinanya semula ? berapa lama jangkamasa yang kita perlukan untuk membaik pulih kesan dari bencana tersebut ?”

saya tidak mampu menjawap soalan tersebut kerana saya terfikirkan yang trauma saya mungkin lebih menguasai daripada memulihkan semula semangat yang telah jatuh.

soalan saya kepada anda
– apa yang akan anda buat bagi memastikan anak anda boleh ‘survive’ pada masa akan datang ?
– selain wang ringgit, apa yang telah anda bekalkan kepada anak anda untuk dia bergerak mengharungi hidup ?
– adakah anda rasa anda telah cukup mengajar anak anda mengamalkan budi pekerti yang baik ?

wassalam

p/s : saya yang masih mencuba untuk berbuat sedemikian yang di atas

2 thoughts on “meningkatkan kemahiran kendiri dan anak bangsa

Sudikanlah lontar komentar anda :)