Oh Peniaga Muslimku…

السلام عليکم

Sangat terasa di hati yang ingin sekali membebel pada tuan punya kedai yang ku singgah tadi berkenaan isi perut kedainya. Sangat mengecewakan, seolahnya kedai tersebut seperti “Hidup Segan Mati Tak Mahu”.

Sunyi!
Persembahan Produk Hambar!
Barangan Keperluan utama tidak banyak atau hampir tidak ada!

Adalah sepatutnya pemilik kedai tersebut muhasabah dirinya kenapakah premisnya sedemikian rupa.

Membebel sahaja tiada guna tanpa memikirkan jalan terbaik untuk memajukan diri sendiri.

Pesanan…
Jangan hadkan diri anda sebagai Melayu Muslim hanya pandai berniaga dalam kumpulan MLM sahaja!!!

Ambillah contoh dari mana-mana tempat, kaji dan gunakan kaedah yang baik dan sempadankan kaedah yang kurang diberkati. Ingatlah, sesuatu pekerjaan yang kita lakukan perlu mendapat keberkatan. Rujuk pada yang pakar bagi memaksimumkan output.

Saya tidak pandai perihal ekonomi tapi apa yang telah dinukilkan adalah bagi melepaskan rasa kerisauan apabila melihat premis tersebut dan mari kita berdoa supaya dibukakan hatinya untuk menaiktarafkan hal perihal premisnya. Dan juga saya mengharapkan supaya Melayu Muslim kita diberkati dalam sebarang urusan perniagaan insya-Allah.

والسلام

Sudikanlah lontar komentar anda :)