Orang Luar lebih risaukan tulisan Jawi daripada kita

Pensyarah Korea bimbang tulisan jawi semakin dilupakan

KUALA LUMPUR 29 Jan. 2012 – Seorang pakar tulisan jawi berbangsa Korea melahirkan kebimbangan tulisan itu semakin dilupakan terutama dalam kalangan generasi muda di Malaysia.

Prof Dr Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

Menurutnya, tulisan jawi sedang “tenat” dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti.

“Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?” kata Dr Kyoung Seok yang fasih berbahasa Melayu.

Beliau yang juga pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris, menegaskan media memainkan peranan penting dalam memastikan tulisan jawi digunakan secara lebih meluas. Dr Kyoung Seok berharap akhbar yang menggunakan bahasa jawi seperti Utusan Melayu Mingguan diberi nafas baru untuk menarik minat rakyat di negara ini membacanya.

Selain itu, pihak terlibat seperti Institut Terjemahan Negara Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka perlu memainkan peranan dalam menterjemahkan lebih banyak buku ke tulisan jawi, katanya. – BERNAMA

Sumber: www.utusan.com.my

سڠݢوه مملوکن اڤابيلا بوکن ملايو يڠ تولوڠ ممنيڠکن کڤالا مميکيرکن اکن مسئله توليسن جاوي يڠ سماکين ڤڤوس
کراجاٴن تيدق ماهو ميݢمبيل تيندقن سريوسکاه برکناٴن مسئله اين؟
!ايوە کيت هيدوڤکن کمبالي توليسنواريثن بڠسا کيت

3 thoughts on “Orang Luar lebih risaukan tulisan Jawi daripada kita

  1. tulisan jawi tu warisan melayukah?? milik melayukah??
    aku rasa huruf2 jawi tu dr huruf2 arab. cuma digabungkan huruf2 itu utk membentuk perkataan melayu. sama dgn huruf roman seme.
    sedihnya…cuma kita rasa rugi laa kalau generasi akan datang hanya cuma mengenal huruf roman utk menulis perkataan melayu. tu jekk ^__^

  2. ni pendapat aku..

    aku kata warisan tulisan jawi tu melayu punya
    sebab ianya dah melalui proses asimilasi daripada tulisan arab dan menghasilkan apa yang boleh dikatakan sebagai tulisan untuk bacaan tempatan

    dan tulisan jawi tersebut telah lama kita guna disebabkan dulu (pembacaan aku) orang melayu tiada tulisan dan hanya percakapan (betulkan kalau salah)

    dan orang inggeris pada masa mereka menjajah tanah melayu amat menghargai tulisan tersebut

  3. Artikel ini menarik perhatian aku semenjak ianya diterbitkan pada awal 2012 tempoh hari. Ianya juga membuat kan aku teruja untuk mengetahui perihal sejarah tulisan jawi. Malahan kaitannya dengan bani jawi, melayu, malaysia dan Islam.

    Suatu kerugian yang amat sangat sekiranya jawi dipisahkan dari pewarisnya, bangsa melayu di Malaysia yang utamanya. Mana tahu, sekiranya tulisan jawi ini diangkat martabatnya sebagai tulisan sebaris dengan alat berkomunikasi yang sedia ada, mungkin dapat menyatukan ummah terutamanya dengan sahabat dan saudara seIslam kita yang dalam rumpun melayu di rantau ini. Maka insyaAllah kita lebih kuat dalam konteks persefahaman kerana berbahasa dan berkarya dengan persamaan gaya tulisan dan bahasa. Walha suatu ketika dahulu, banyak kitab-kitab di persembahkan kepada mereka yang dahagakan maklumat dan ilmu dengan tinta yang berhias jawi di rantau ini (Pattani, Acheh, etc)

    والله أعلمُ بالـصـواب

Sudikanlah lontar komentar anda :)