nunjimmimya.my

me nunjimmimya

Skip to: Content | Sidebar | Footer

menjual kacang dal pedas

8 August, 2011 (22:15) | kempen | By: nunjimmimya

assalamualaikum

mungkin ianya dah agak lewat untuk mengiklan tapi saja nak info sama pelawat yang aku ni ada buat sedikit bisnes kecilan

produk aku adalah kacang dal pedas

memang sedap..serius tak tipu..

kalau tak sedap boleh refund

penghantaran percuma untuk sekitar kawasan KL

bisnes ini bukan hanya musim puasa dan raya saja tapi berterusan sepanjang masa

berkenan..??

hubungi saya melalui komen di blog ini dan insya-allah anda akan dihubungi ;)

wassalam

kacang

Misi encik theodore hertzl

22 June, 2011 (12:25) | membebel, tazkirah | By: nunjimmimya

Misi terbesar beliau..

Menubuhkan Negara Yahudi di tanah Palestin

4 Misi untuk umat Islam sejagat

  1. Mejadikan Umat Islam tidak kenal dengan agamanya sendiri
  2. Menjadikan Umat Islam gemar berfoya-foya
  3. Menjadikan Umat Islam suka pada maksiat
  4. Menjadikan Umat Islam hidup semata-mata Mencari Harta dan Kedudukan

cuba cerita sama saya…
apa yang dia masih belum tercapai..??

saya bodoh ke akak bodoh..??

15 June, 2011 (15:44) | membebel | By: nunjimmimya

senario ini terjadi tatkala kami ingin membayar makanan di sebuah restoran di Taman Tun Dr Ismail

rakan : “akak….kasi kira”
akak : “aiseh…baru nak “isi minyak”
aku : “takpe…sat lagi akak pi sambung makan
akak : (tekan kalkulator)…”semuanya RM20.70″
rakan : “apa lagi……bayar la…”
aku : “akak ni biar betoi”
akak : “betul la…ni ha…akak kira sekali lagi (tekan kalkulator)..kan RM20.70″
aku : “dahtu…awat saya kira semuanya RM19.70..??”
akak : “nah..kira sendiri (sambil berikan kalkulator) tak tau la awak bodoh ke akak yang bodoh”
aku : (tekan kalkulator)….”ni ha kak…biaq betoi..saya kira semuanya RM19.70…sapa yang bodoh ni”
rakan : “akak la yang bodoh”
aku dan akak : “hahaha”

habis saja senario tersebut…aku dan rakan gelak mengekek-ngekek kat akak tersebut sambil berjalan keluar meninggalkan restoran tersebut ;)

biarlah mereka yang berhak mentadbir sarawak

14 April, 2011 (22:58) | kempen, tazkirah | By: nunjimmimya

السلام عليكم

post aku kali ini sememangnya berbaur politik dan ianya adalah kesinambungan daripada post yang lepas yang mana pengunjung boleh merujuk di sini

tujuanku hanyalah satu. juga aku menyeru kepada semua penduduk di sarawak supaya keluar beramai-ramah menunaikan tanggungjawab anda sebagai pengundi.
undilah wakil rakyat yang anda pilih dengan bijak. ingat! wang ringgit tidak menjanjikan anda kesenangan berpanjangan. yang penting adalah khidmat yang akan diberikan oleh bakal YB baru anda

apa itu YB?

  • Yang Berhormat?
  • Yang Berusaha?
  • Yang Bekerja?
  • Yang Berkhidmat?

mereka semua itu adalah perwakilan yang anda pilih melalui saluran pilihanraya. penduduk sarawak perlu ingat yang bahawasanya mereka yang bakal mendapat gelaran YB tersebut adalah kuli anda dan anda boleh mengarahkan dia bekerja untuk anda. jika dia tidak mampu bekerja, carilah yang lain yang mampu bekerja dan berkhidmat untuk anda

saya tidak menyuruh anda memangkah parti pilihan saya.
apa yang saya minta pada anda semua penghuni Bumi Kenyalang adalah pilih parti yang mampu bekerja untuk rakyat. dalam konteks ini, untuk anda

baik BN, baik PR, komponen dalam parti tersebut juga adalah manusia biasa yang mempunyai kekuatan dan kelemahan
jika anda merasakan dia lemah, carilah yang kuat.
jika anda merasakan dia kuat, sokonglah ia bagi membolehkan dia membela nasib anda penduduk pribumi sarawak sekalian

akhir kata, sekali lagi saya ingatkan

WANG BUKAN SEGALANYA!
kenikmatan yang dikecapi adalah pada bila masa anda mendapat ketenangan dan harta dunia yang akan dikongsi oleh semua rakyat sarawak sekalian

pilihlah wakil rakyat anda dengan bijak
jangan sesekali terpedaya dengan wang ringgit semata-mata

والسلام

lain kali jangan buat lagi

14 April, 2011 (15:40) | membebel | By: nunjimmimya

astaga…

aku tak tau nak cakap apa….
itulah padahnya bila tak pandai menafsirkan maksud sesuatu perkataan inggeris..

natijahnya……..
habis semua fail di desktop telah kena delete
gara-gara aku run command ini

rsync -azP –delete -e ssh root@iphone:/ddd/ Desktop/

itu masalah yang kecik..
masalah besarnya adalah…
habis semua gambar bersaiz asli koleksi tudung telah dipadam
nasib baiklah gambar tersebut telah diuploadkan ke internet namun telah dikecilkan saiznya

sengalnya……

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins