nunjimmimya.my

me nunjimmimya

Skip to: Content | Sidebar | Footer

mari menulis jawi siri ke-2

14 March, 2011 (17:12) | IT, kempen | By: nunjimmimya

السلام عليكم

berikut merupakan update daripada post terdahulu di tajuk “menjawikan yang rumi”
homepage baru yang saya bakal kongsikan ini adalah lebih kepada penulisan dari rumi kepada tulisan arab (bukan lagi jawi)

Arabic Keyboard adalah aplikasi yang memudahkan anda menulis dalam tulisan arab
kelebihannya yang paling ketara adalah virtual keyboardnya yang membolehkan anda tidak perlu menggunakan fungsi translate tetapi anda sendiri menaip menggunakan keyboard mengikut apa yang ingin anda taip

cubalah Arabic Keyboard di http://www.arabic-keyboard.org/

والسلام

p/s : menunggu e-jawi.net buat seperti ini…..

yang terlintas…

1 March, 2011 (11:14) | membebel | By: nunjimmimya

kadang-kadang terlintas jugak di hati aku..
apa kita ni orang melayu islam malas sangat ke..??
suka sangat memanipulasi kemudahan percuma demi tidak mahu mengeringkan ayaq lioq..

contoh :
jemput kawin dengan FB…
- setengah kawan boleh terima..
- setengah kawan lagi menyumpah..
- setengah kawan lagi tiada akaun FB..

kalau tanya alasa kenapa…
berjebah/melambak alasan yang diberikan termasuklah sibuk nak mampus membuat persiapan kawin

apa kata hidupkan kembali silaturrahim antara saudara muslim dengan berjumpa dan menjemput dengan mulut sendiri..
bukankah itu membuatkan rakan/saudara antara merasa seperti dihargai..??

p/s: penat tengok kawan membuat spam kad kawin di FB/Facebook :)

nafisatul ‘ilmi yang bijak

28 February, 2011 (21:54) | merepek | By: nunjimmimya

nafisatul ‘ilmi dah pandai panggil abah dan mamanya

“maaaaa maaaaa”
“aaaaaaaaa bah”

begitulah lebih kurang bunyinya

sangat terujalah kami laki bini

lepas ni nak ajar dia panggil tok, atuk dan nenek la pulak ;)

memenatkan nafisatul ‘ilmi siri 1

20 February, 2011 (22:36) | merepek | By: nunjimmimya

assalamualaikum

semakin lama semakin malas untuk mengemaskini blog..
malas sungguh dan sesungguhnya aku sangat malas
mungkinkah ianya disebabkan kekeringan idea untuk menulis di hadapan macbookku..??

buat masa ini aku lebih senang memblog di iphone kerna aku boleh menulis sambil menyilang kaki dalam keadaan berbaring seperti sekarang ini ;)

aku tinggalkan masalah malas aku.

hujung minggu ini merupakan minggu yang memenatkan puteriku si nafisatul ‘ilmi..
mana tidaknya, 2 hari sabtu dan ahad digunakan sepenuhnya untuk kami 3 beranak ber’dolan’..
balik kampung bukit kapar dah semestinya. tapi ‘ilmi terlebih dahulu naik KL untuk mengambil abahnya dan seterusnya singgah makan di kafe ‘kak lang’ di desa coalfield (batu arang…??)

sementara menunggu makanan, mamanya sempat menjengah butik pakaian kak lang dan ternyata beliau berkenan dengan beberapa corak pakaian..
“alamat kering la poket awak esok lepas dapat gaji yanti” :p

‘ilmi yang kelihatan keletihan cuba untuk bersekang mata melihat kami makan..
dan akhirnya, masuk saja ke kereta dan disulami dengan menyusu maka beliau terus melayari bahteranya

namun bahteranya hanya belayar sementara berikutan perjalanan kami telah tiba di destinasi kampung bukit kapar..
menyapa dan bermain seketika bersama neneknya, terus saja dia ‘shutdown’
esoknya…..buat pertama kali ‘ilmi bangun lebih lewat dari mama dan abahnya

misi berjaya….

hari ahad bagaimana pula..??
tunggu esok pagi, jam berapa pula tuan puteri ini mahu bangun dari beradunya :)

wassalam

menjaga nafisatul ‘ilmi 02

10 February, 2011 (08:36) | merepek | By: nunjimmimya

cubaan ke-2

status: gagal
sebab: tuan puteri tidak mahu tidur selepas azan maghrib dan menyebabkan abahnya terpaksa memohon pertolongan daripada jiran sebelah (puan ina dan encik aizan) bagi membolehkan abahnya bersolat maghrib

tidak mengapa…
besok adalah kelas terakhir puan zuviyanti bagi minggu ini
“better luck next time” ;)

Plugin from the creators of Brindes Personalizados :: More at Plulz Wordpress Plugins