nunjimmimya.my

me nunjimmimya

Skip to: Content | Sidebar | Footer

memenatkan nafisatul ‘ilmi siri 1

20 February, 2011 (22:36) | merepek | By: nunjimmimya

assalamualaikum

semakin lama semakin malas untuk mengemaskini blog..
malas sungguh dan sesungguhnya aku sangat malas
mungkinkah ianya disebabkan kekeringan idea untuk menulis di hadapan macbookku..??

buat masa ini aku lebih senang memblog di iphone kerna aku boleh menulis sambil menyilang kaki dalam keadaan berbaring seperti sekarang ini ;)

aku tinggalkan masalah malas aku.

hujung minggu ini merupakan minggu yang memenatkan puteriku si nafisatul ‘ilmi..
mana tidaknya, 2 hari sabtu dan ahad digunakan sepenuhnya untuk kami 3 beranak ber’dolan’..
balik kampung bukit kapar dah semestinya. tapi ‘ilmi terlebih dahulu naik KL untuk mengambil abahnya dan seterusnya singgah makan di kafe ‘kak lang’ di desa coalfield (batu arang…??)

sementara menunggu makanan, mamanya sempat menjengah butik pakaian kak lang dan ternyata beliau berkenan dengan beberapa corak pakaian..
“alamat kering la poket awak esok lepas dapat gaji yanti” :p

‘ilmi yang kelihatan keletihan cuba untuk bersekang mata melihat kami makan..
dan akhirnya, masuk saja ke kereta dan disulami dengan menyusu maka beliau terus melayari bahteranya

namun bahteranya hanya belayar sementara berikutan perjalanan kami telah tiba di destinasi kampung bukit kapar..
menyapa dan bermain seketika bersama neneknya, terus saja dia ‘shutdown’
esoknya…..buat pertama kali ‘ilmi bangun lebih lewat dari mama dan abahnya

misi berjaya….

hari ahad bagaimana pula..??
tunggu esok pagi, jam berapa pula tuan puteri ini mahu bangun dari beradunya :)

wassalam

menjaga nafisatul ‘ilmi 02

10 February, 2011 (08:36) | merepek | By: nunjimmimya

cubaan ke-2

status: gagal
sebab: tuan puteri tidak mahu tidur selepas azan maghrib dan menyebabkan abahnya terpaksa memohon pertolongan daripada jiran sebelah (puan ina dan encik aizan) bagi membolehkan abahnya bersolat maghrib

tidak mengapa…
besok adalah kelas terakhir puan zuviyanti bagi minggu ini
“better luck next time” ;)

apa itu Streamyx Wireless

9 February, 2011 (14:04) | IT | By: nunjimmimya

السلام عليكم

kali ini saya ingin berkongsi dengan anda servis internet yang saya gunakan di rumah (bakal berubah pakej)
saya menggunakan streamyx wireless dengan menggunakan teknologi CDMA (Code Division Multiple Access)

kenapa CDMA..??

mudah jawapannya….tak perlu kabel telefon

bagaimana rupanya..??


dilengkapi dengan Wireless Access Point yang menyebabkan peralatan ini menjadi lebih menarik

di manakah dapat melihat pakej tersebut..??


pakej streamyx wireless TM

menarik…..tapi….ada kelemahankah..??

ada dan memang banyak
1. perlu membeli sendiri modem tersebut daripada installer…pada aku sangatlah tidak berbaloi
2. teknologi CDMA ini seperti tidak mendapat tempat di hati pihak telco..dalam erti kata yang lain adalah pihak di atas. ini kerana rata-rata tempat lain di dunia yang juga menggunakan teknologi CDMA ini menggunakannya pada kelajuan yang sangat tinggi. aku tidak berapa pasti namun aku pernah menanya seorang warga jepun yang menghadiri simposium di KLCC tahun lepas memaklumkan kawasan luar bandar yang menggunakan terminal CDMA ini mampu mencapai kelajuan sehingga 10Mbps
3. modem ini perlu ada di kawasan berhampiran ibusawat TM. dengan erti kata lain, rumah anda mestilah berhampiran dengan ibusawat TM ;)
4. kelajuan download yang perlahan (narrowband) < 256kbps dan upload yang tidak mencapai 1kbps :(

mana maklumat berkenaan evdo yang saya boleh baca


http://en.wikipedia.org/wiki/EVDO

pandangan peribadi..
saya amat suka menggunakan servis ini kerana ianya wireless, tidak perlu pemasangan talian telefon dan pemasangannya yang sangat mudah.
namun kelajuannya amat mengecewakan serta dari segi teknikalnya, routing yang digunakan pada saya adalah kelas ke-3. cuba anda bayangkan jarak perjalanan dari shah alam ke KL yang mengambil masa sejam (pada waktu puncak) tapi mengambil masa 2 jam dengan mengikuti laluan lain
saya mengharapkan agar pihak berkenaan dapat menaiktaraf perkhidmatan ini supaya ianya dapat bersaing dengan penyedia internet yang lain.
saya akui yang talian tetap adalah yang terbaik namun perlu diingat akan peribahasa “lain padang lain belalang”
ubah pakej tersebut supaya ianya menjadi lebih kompetitif dengan pesaing yang lain :)

والسلام

Update!!

saya berpendapat bahawasanya ada pihak yang berkenaan telah samada

  • perasan dengan masalah ini
  • terserempak dengan komentar di blog ini

sebabnya..saya perasan bahawasanya connectivity streamyx wireless (EVDO) ini seperti telah diperbaiki
kelajuan pada speedometer juga lebih stabil

seolah-olah peralatan yang baru direboot ;)
namun begitu ping timeout masih kelihatan

saya mengharapkan agar biarlah diteruskan penjagaan kualiti servis seperti begini :)

apa yang berlaku pada hari ini..??

8 February, 2011 (21:49) | merepek | By: nunjimmimya

assalamualaikum

ini adalah sesi mengembara dalam akal fikiran bagi mencari kembali sisa-sisa ingatan terhadap apa yang terjadi pada hari ini.
perlu dimaklumkan bahawa aktiviti ini mampu merangsang dan menguatkan akal dan minda anda dan seterusnya menghindarkan diri anda daripada menkadi seorang yang nyanyuk pada hari tua anda kelak insya-allah

- menukar bungkusan kacang dal pedas daripada 500 gram kepada 250 gram
- ditahan polis trafik dari bukit aman di tol batu 3 shah alam semasa operasinya (alhamdulillah tiada saman dikenakan)
- menghadap macbook (urusan persendirian) dan pc pejabat (urusan pejabat)
- membawa kontraktor aircond berjumpa pegawai bertugas di data center yang kebetulannya datang melawat kawasan
- melayan “hantu kak limah”
- membantu hamba allah memilih laptop
- membayar bil di menara TM
- melayan wii dan PS3 di TMPoint sementara menunggu giliran
- menukar minyak hitam motor KaCaK
- membayar harga laptop yang telah hamba allah tadi persetujui untuk membeli tadi
- berjumpa dengan paklang tuan kedai di Selera Semarak dan menjual kacang kepadanya

banyak juga aktiviti yang aku lakukan pada hari ini

anda bagaimana..?? ;)

wassalam

malam yang best

7 February, 2011 (19:28) | merepek | By: nunjimmimya

seperti tajuk di atas..

apa yang bestnya..??
apa yang seronoknya..??
.
.
.
best sebab..
seronok sebab..
.
.
.
malam ini adalah malam pertama aku menjaga nafisatul ‘ilmi secara sepenuh masa

tak sabar nak tengok apa cabaran yang bakal aku tempuh ;)

mari kita lihat siapa yang kena..
hehe

Plugin from the creators of Brindes :: More at Plulz Wordpress Plugins