assalamualaikum
tiba-tiba terlintas di fikiran
sebelum terlupa ada baiknya tulis dulu 🙂
kita selalu diberitakan dengan khabar kematian
tak kisahlah melalui akhbarkah, FBkah ataupun mana-mana lawan web sensasi
tak lupa juga melalui panggilan telefon dan sms
selalu kita memanggil si mati dengan panggilan arwah
berikut adalah maksud-maksud perkataan yang selalunya kita sebut
roh = satu roh
arwah = banyak roh
allahyarham = allah rahmatilahnya (lelaki)
allahyarhamah = allah rahmatilahnya (perempuan)
dan cuba pembaca isi tempat kosong untuk ayat berikut
oh rindu sungguh aku dengan _______ abah. jom pergi kubur ziarah _____ abah
pada hemat pembaca, manakah yang paling sedap
pilihanku adalah allahyarham, walaupun panjang tapi sudah beserta dengan doa kepada si mati tersebut
apa pilihan anda 🙂
bersabda nabi dalam hadisnya yang lebih kurang maksudnya begini
apabila matinya anak adam, akan terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara
1. doa anak yang soleh ke atasnya
2. sedekah jariahnya
3. ilmu yang memanfaatkannya
wassalam
p/s: ini adalah telahan aku, kalau salah minta betulkan. nanti akan diedit dan diperbetulkan sekiranya salah 🙂
lor…yeker…bru thu…bgus ni…tq abg Nun Jim Mim Ya ;).
masa belajar dulu2 perlataan allahyarham boleh digunakan utk lelaki dan perempuan (tiada allahyarham dan allahyarhamah) jika nak bezakan keduanya disebut almarhum bagi lelaki dan almarhumah bagi perempuan,
Wallahu a’lam
Pada hemat aku…
apabila kita mempersoalkan tentang penggunaan perkataan, ayat, mauhupun nahu, ianya akan jadi abstrak. aku bukanlah pakar bahasa, tetapi aku suka juga terlibat dengan ilmu bahasa/lingua.
baik, aku huraikan kenapa aku katakan ianya abstrak.
sepanjang tempoh aku hidup dan mula mengenal bahasa se awal tahun 80-an hingga melewati tahun milenium kini, bahasa melayu mengalami perubahan, penambah baikan, penyusutan, kekeliruan, dilema.
Maka jika kita lihat berlakulah asimilasi bahasa supaya istilah-istilah yang tersembul rentetan keterlibatan bahasa pengantar kita ini di dalam sains dan teknologi, sama ada teknologi maklumat, pertanian, penternakan mahupun pembuatan supaya tidaklah kita ketinggalan dalam arus moden sarwajagat.
Ya, aku tabik kepada mereka yang mendukung penggunaan perkataan dalam susunan ayat yang betul supaya maksudnya lebih tepat. Tetapi jangan dilupakan kepada bahasa apa yang kita bandingkan, supaya ianya lebih tepat. Ini bukan bermaksud anti bahasa arab. Tetapi apabila ada individu yang memperlekehkan perkataan/ejaan yang kita sedia maklum diguna pakai sekian lamanya. Tetapi jika ini berbentuk optimis kepada hendak membudayakan bahasa yang betul, lebih baik kita pun ada budi bahasa dalam menegur dan mencadangkan sesuatu.
Apa yang sahabat saya (penulis blog nunjimimya.my) bawa ini adalah baik dan wajar di lihat oleh pakar-pakar bahasa melayu kita untuk memperkasakan bahasa pengantar kita.
aku bawakan pengertian dapatan daripada Pusat Rujukan Persuratan Melayu (DBP) dengan pengertian roh, arwah, allahyarham, allahyarhamah yang menjadi rujukan oleh orang awam di Malaysia (termasuk pelajar). Pentakrifan setiap makna bagi roh, arwah, allahyarham, allahyarhamah ini tentunya bukan baru dicetak dalam sepuluh tahun kebelakangan ini.
adakah asimilasi bahasa menjadikan kita keliru apabila kita dapati sesuatu perkataan yang terhasil berbeza sebutan akibat kekangan ejaan huruf rumi-jawi-latin-kanji dll? atau sebab salah lidah tak pandai nak menggulung decit bunyi seperti sepatutnya dipertuturkan?
والله أعلمُ بالـصـواب.
ROH
1 makhluk hidup (spt malaikat, jin) yg berperasaan dan berfikiran tetapi tidak berjasad. 2 bahagian batin manusia yg mempunyai perasaan, fikiran dll; jiwa: ~nya melayang.
ARWAH
1 roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2 Allahyarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti.
Ar (jamak bagi roh) 1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal dunia: kenduri utk ~ saudara-maranya; 2. semangat: hilang ~ku melihat nahas kereta itu; 3. (kata yg digunakan apabila menyebut seseorang yg telah meninggal) Allahyarham, Almarhum: ~ ayah-nya; ~ Pak Mat; mengarwahkan membaca doa (mengadakan kenduri) utk memperingati seseorang yg telah meninggal dunia.
1. roh atau jiwa orang yg telah meninggal. 2. Allah yarham; almarhum: ~ ayahnya telah berpesan supaya dia menyekolahkan adiknya hingga ke peringkat universiti.
ALLAHYARHAM
yg telah meninggal.
Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang lelaki Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal: ~ Datuk Onn terkenal di seluruh negara.
ALLAHYARHAMAH
Ar kata ganti diri yg digunakan sebelum nama orang perempuan Islam (bukan drpd keluarga diraja) yg telah meninggal.
sumber: http://prpm.dbp.gov.my/
aku punya komen ni sama panjang atau lebih dengan post penulis… Kih kih kih.
Sahaini Ahmad Safian
dah memang hang tulis panjang..
apo nak dikato :p
mcm dah ada dua entry