pelbagai asam garam kehidupan dalam zulhijjah

السلام عليكم

telah lama tidak berceloteh dalam blog sendiri..
pelbagai alasan cuba dicipta namun satupun tidak berjaya menepati citarasa

sedar tak sedar, bulan hijrah yang terkenal dengan gelarannya telah tiba..
zulhijjah memang mengimbau pelbagai kenangan pahit manis kehidupanku
zulhijjah lah yang memperkenalkan kepadaku perkataan anak yatim 🙂
zulhijjah lah juga yang mengajarku erti kesabaran sebagai tetamu ألله di tanah suci (yang mana selalunya kesabaranku sampai pada batasnya)
zulhijjah lah yang menukarkan statusku buat selama-lamanya

moga selamat abah di sana (1 zulhijjah 1424) – أمين
moga pekerjaan hajiku masih lagi diterima ألله sebagai haji yang mabrur (zulhijjah 1425) – أمين
moga perjalanan hidup kami suami isteri anak beranak diredhai ألله sampai ke syurga sana (5 zulhijjah 1430) – أمين

banyak yang ingin dicelotehkan..
tapi biarlah….nanti rajin kan ku sambungkan lagi إنشاألله

والسلام

p/s: masih dalam mood stress mengenangkan peperiksaan sedang menghitung hari 😉

One thought on “pelbagai asam garam kehidupan dalam zulhijjah

Sudikanlah lontar komentar anda :)