Stabilkan Streamyx Anda: Siri Tukar IP DNS

السلام عليکم

Hadapi masalah internet yang sangkut-sangkut?
Saya mencadangkan anda menukar DNS IP daripada TM kepada Google

Penjelasan:
Setiap Streamyx / Unifi yang dipasangan dirumah anda akan dibuat beberapa konfigurasi seperti konfigurasi untuk login Streamyx / Unifi.
Perkara seperti kegagalan Server DNS (Domain Name System) kepunyaan ISP anda (dalam konteks ini TM) membalas setiap permintaan anda menjadikan pengalaman Browsing anda seperti kereta yang berjalan dengan 3 Silinder.

Apa Kerja DNS?
DNS akan menukarkan setiap www.abc.com kepada alamat internet (IP Address) dalam format nombor, dalam contoh ini 11.12.13.14. Sudah pasti kita tidak suka menaip alamat IP kan? 🙂

Dalam contoh ini, saya akan berkongsi proses menukar IP DNS kepada yang lain.

Langkah 1: Login modem/router anda

Langkah 2: Klik Advance Setup -> DNS

Langkah 3: Tukar Alamat IP kepada IP yang lain (Saya gunakan contoh IP 8.8.8.8) di tempat yang dibirukan dan Save

Langkah 4: Semak Kembali IP DNS anda di muka hadapan dengan Klik Device Info

Langkah 5: Lihat pada Primary DNS Server dan Yeay!!!

Selamat Mencuba

والسلام

2 thoughts on “Stabilkan Streamyx Anda: Siri Tukar IP DNS

Sudikanlah lontar komentar anda :)