Sucikan Pelayaran Dunia Internet anda dengan HalalDNS

السلام عليكم

Fobia dengan tajuk? 😉

Begini kisahnya.

Dunia Internet ini sangat luas. Sepertimana adanya ikan yang ‘jinak’ dan ikan yang ‘ganas’ di laut maka itulah dia. Apa yang saya cuba maksudkan adalah setiap pelayaran di dunia Internet memerlukan undang-undang dan peraturan diri sendiri yang kuat untuk memastikan iman kita sebagai umat Islam dan moral kita selaku seorang manusia terpelihara.

Melayari Laman-laman Web yang dilabelkan sebagai Adult Content sebenarnya pada pendapat saya telahpun melanggar norma-norma seorang manusia. Hukum alam pada manusia adalah menutup tempat-tempat sulit secara bersungguh-sungguh atau berhijab dengan cara terbaik sebagai seorang Islam adalah sebagai cara untuk menjaga maruah diri sendiri.

Didedahkan kewujudan DNS ini oleh rakan saya, saya berminat dengan HalalDNS.

HalalDNS ini adalah sebagai satu cara untuk menjaga pengguna daripada secara sengaja atau tidak memasuki atau melayari laman-laman web yang tidak sepatutnya. Disediakan oleh Dr. Ishak, HalalDNS ini dijangka mampu membuatkan anda menarik nafas lega semasa melayari Internet.

Bagaimanakah cara untuk menggunakan DNS ini?
Seperti yang telah saya bincang pada masa lepas dalam isu Stabilkan Internet, kita ubah konfigurasi pada DNS yang terdapat pada Router anda. Boleh rujuk pada “Stabilkan Streamyx Anda: Siri Tukar IP DNS”. Kita perlu meletakkan IP halalDNS ini (119.110.106.121 dan 119.110.106.122) di ruangan yang tersedia di Langkah ke-3.

Saya telahpun menggunakan DNS ini namun tidak dapat berkongsi keberkesanannya berikutan terpaksa untuk menukar kembali kepada konfigurasi DNS asal kerana masalah pada Penyedia Internet (berkongsi dengan jiran) yang mana talian Streamyxnya agak tidak stabil. Sampai sekarang pada masa saya mengarang inipun keadaan capaian akses ke Internet terputus-putus. Tak sabar mahu mencuba DNS ini di Streamyx saya di kampung halaman kelak.

Anda bagaimana? Jomlah tukar DNS anda kepada sesuatu yang Insya-Allah dapat menjaga Iman dan Moral anda.

Jangan lupa letakkan komen berkenaan kualiti DNS ini.

Tahniah pada pengendali DNS ini. Moga Allah membalas budi Tuan Hamba 🙂

Laman Web halalDNS adalah http://www.halaldns.com

والسلام

Sudikanlah lontar komentar anda :)