Teknik Rawatan Purba untuk Penyakit Moden

Peringatan!!!
Artikel ini dipetik dari sumber yang lain dan bukannya direka sendiri,
Sedikit olahan dilakukan bagi mencantikkan sebutan dalam bahasa Melayu

السلام عليکم

دڠن ڤنيڠکاتن کيس-کيس ‘کماتين مڠجوت’ ستياڤ تاهون, سننتياس کيت مميکيرکن سلوݢن ‘منچݢه اداله لبيه باءيق دري مڠوبتي’. سماکين هاري بادن يڠ کيت هرڬاي دان سياڠي اين منجادي لمه اکيبة درڤد ڤلباݢاي تکانن درڤد سکليليڠ. دڠن چارا ڤماکنن يڠ تيدق ترکاول ترماسوکله مڠݢوناکن باهن ڤڠاويت يڠ برلبيهن دان باهن کيميا بربهاي دالم ماکنن دان اءير کيت, سچارا تيدق لڠسوڠ کيت سبنارڽا مروسککن ديري سنديري. تيدق لوڤا جوݢ کأدان ڤيرسيکيتاران يڠ تيدک مننتو ڤد ماس کيني جݢ مڽومبڠ کڤدا مروسوتڽا تاهڤ کصيحتن کيت.

‘اين اداله ساتو رياليتي يڠ کيت ڤرلو اکوي.’

کيني, ستياڤ درڤد کيت ڤرلو اتاوڤون واجب منچاري علمو برکاءيتن ڤنجاݢاءن کصيحتن ديري سنديري. اين برتوجوان اونتوق ممبوليهکن کيت مڠݢاڤاي دان ستروسڽا منچاڤاي ايمڤيان يڠ کيت ايڠيني سلاما اين.

 ا . سي . يو هيث کاري اداله ساتو بنتوک تراڤي تراديسيونل سچارا هوليستيک مڽلوروه اونتوق مڠݢالکن کصيحتن يڠ تونتاس, دتوجوکن کڤدا مريک يڠ ممنتيڠکن کصيحاتن دان ڤد مريک يڠ مڠالمي کومڤليکاسي کصيحاتن منروسي فاسا-فاسا بيريکوت

فاسا ١
ملالوءي رڠساڠن تيتق تکنان خصوص يڠ براد دي سلوروه بادن يڠ مان اياڽا اکن
. مڠمباليکن تناݢ دالم بادن کيت *
. مڠݢالککن ڤرإيدارن داره دان ملمبوتکن سالورن داره *
. منيڠکتکن کتاهنن توبوه مانسي اونتوق مڠاتسي ڤڽاکيت *
. مموليه دان مڠمباليکن کصيحتن اورݢان-اورݢان ڤنتيڠ توبوه *
. مڠهارمونيکن توبوه بادن مڠيکوت اتورن يڠ اصل اونتوق ڤوليه دڠن سنديريڽا *

فاسا ٢
ڤماکنن تمباهن, هيربا سربا بوليه اونتوق منوکار ڤرسکيتارن دالمن بادن
. منيڠکتکن ڤڠوکسيݢينان داره دان مڠوراڠکن کأسيدن دالم توبوه *
. مڠلوارکن توکسين يڠ ترکومڤول دالم بادن حاصيل دري ماکنن دان ڤرسکيتارن *
. مڠاکتيفکن سيل-سيل ڤمبونوه سمولاجادي دان منيڠکاتکن ايمونيتي سيستم بادن *
. مڠوراڠکن ترومبوسيس (داره بکو) ددالم ڤمبولوه داره سرتا مڠوراڠکن کالسيفيکاسي (ڤڠراسن کلسيوم) ڤد دينديڠ ڤمبولوه داره *
مڠکلکن فوڠسي-فوڠسي اورݢن ڤنتيڠ دالم کأداءن اوڤتيموم سرتا مماستيکن  داره سنتياس برسيه *

ستيۏين اداله ڤڠامل ڤراوبتن دڠن ڤڠالمان ملبيهي 30 تاهون دالم بيدڠ ڤراوبتن الترناتيف *

https://www.facebook.com/pages/Steven-KC-Holistic-Acu-Healthcare/95504232566?ref=br_tf

والسلام

 

السلام عليکم

Dengan peningkatan kes-kes ‘kematian mengejut’ setiap tahun, senantiasa kita memikirkan slogan ‘MENCEGAH adalah LEBIH BAIK dari MENGUBATI’. Semakin hari badan yang kita hargai dan sayangi ini menjadi lemah akibat daripada pelbagai tekanan daripada sekeliling. Dengan cara pemakanan yang tidak terkawal termasuklah menggunakan bahan pengawet yang berlebihan dan bahan kimia berbahaya dalam makanan dan air kita, secara tidak langsung kita sebenarnya merosakkan diri sendiri. Tidak lupa juga keadaan persekitaraan yang tidak menentu pada masa kini juga menyumbang kepada merosotnya tahap kesihatan kita.

‘Ini adalah satu realiti yang kita perlu akui.’

Kini, setiap daripada kita perlu ataupun wajib mencari ilmu berkaitan penjagaan kesihatan diri sendiri. Ini bertujuan untuk membolehkan kita menggapai dan seterusnya mencapai impian yang kita ingini selama ini.

ACU Healtcare adalah satu bentuk terapi tradisional secara holistik (menyeluruh)
untuk menggalakkan kesihatan yang tuntas, ditujukan kepada mereka yang mementingkan kesihatan dan pada mereka yang mengalami komplikasi kesihatan menerusi fasa-fasa berikut:

Fasa 1
Melalui Rangsangan titik tekanan khusus yang berada di seluruh badan yang mana ianya akan
* mengembalikan tenaga dalam badan kita.
* menggalakkan peredaran darah dan melembutkan saluran darah.
* meningkatkan ketahanan tubuh manusia untuk mengatasi penyakit.
* memulih dan mengembalikan kesihatan organ-organ penting tubuh.
* mengharmonikan tubuh badan mengikut aturan yang asal untuk pulih dengan sendirinya.

Fasa 2
Pemakanan tambahan, herba serba boleh untuk menukar persekitaran dalaman badan
* Meningkatkan pengoksigenan darah dan mengurangkan keasidan dalam tubuh.
* Mengeluarkan toksin yang terkumpul dalam badan hasil dari makanan dan persekitaran.
* Mengaktifkan sel-sel pembunuh semulajadi dan meningkatkan imuniti sistem badan.
* Mengurangkan trombosis (darah beku) di dalam pembuluh darah serta mengurangkan kalsifikasi (pengerasan kalsium) pada dinding pembuluh darah.
* Mengekalkan fungsi-fungsi organ penting dalam keadaan optimum serta memastikan darah sentiasa bersih.

* Steven adalah pengamal perubatan dengan pengalaman melebihi 30 tahun dalam bidang perubatan alternatif
https://www.facebook.com/pages/Steven-KC-Holistic-Acu-Healthcare/95504232566?ref=br_tf

والسلام

Sudikanlah lontar komentar anda :)