temasya sukan sea ke-26

assalamualaikum

di kalaku menaip post ini..aku sedang menyaksikan siaran langsungnya dari kaca televisyen siaran TV1 menggunakan servis unifi..
alangkah bagusnya kalauku mempunyai HDTV..sudah tentu dapatku melihat siaran ini dengan kepuasan..
ini kerana pembukaan sukan sea ini penuh dengan 1001 warna

sebenarnya ini bukan sebab aku menaip post ini..
aku terperasan akan bahasa yang digunakan oleh mereka semasa perasmian ini..
mereka dengan penuh gah dan  bangga menyanyikan dalam bahasa ibunda tanpa perlu bersusah payah mereka lagu dalam bahasa lain

amat berbeza dengan kita yang mana seboleh-bolehnya kita akan menyampaikan lagu dalam bahasa inggeris kononnya supaya semua orang memahami apa yang kita cuba sampaikan

beranikah kita membuat seperti mereka..??

satu persoalan yang mana aku sendiripun berat untuk menjawapnya 😉

wassalam

p/s: komen ini dibuat semasa tarian masih lagi berlangsung. tidak pastilah selepas ini 🙂

Sudikanlah lontar komentar anda :)