Tips: Kenali Perniagaan Anda

Tips ini terguna pakai untuk semua jenis peluang perniagaan yang anda cuba ceburi

Apa itu?

Apa-apa jenis perniagaan; Konvensional, MLM (yang paling ngeri di kalangan rakyat Malaysia), Referral Program atau Network Marketing, semuanya menggunakan Modus Operandi yang sama.

-> Cari Orang! <-

Kenapa?
Pernah dengar Kucing pergi kedai beli Makanan Kucing?

Soalan Bodoh!

Kenapa disoal sebegini macam?
Sebab rakyat Malaysia gagal mengenalpasti adat berniaga

  • Saya nak berniaga tapi tak nak jumpa orang
  • Saya nak berniaga tapi saya nak dok relaks di rumah tapi duit saya beranak-pinak
  • dan seterusnya dan seterusnya dan seterusnya
Asas Peniagaan

Apa-apa jenis peluang perniagaan, ianya akan jatuh pada 3 kategori:

  1. Produk atau Servis
  2. Pelaburan
  3. Referral (Orang Tengah)
Produk atau Servis

Model perniagaan paling mudah dan nyata.
Seseorang yang ingin berniaga akan mencari sesuatu produk atau servis untuk dibuat sebagai alat untuk mendapatkan transaksi untuk mendapatkan wang. Dalam model ini, tiada istilah beli produk letak bawah katil tapi dapat jana wang. Mesti ada transaksi untuk dapatkan wang.

Pelaburan

Model ini yang paling popular di Malaysia (walaupun sebenarnya mereka salah faham). Maksud melabur adalah mengeluarkan sejumlah wang untuk di buat sebagai dana untuk diniagakan dan bersiap sedia untuk menghadapi kerugian tanpa ada rasa sesalan. Model ini sangat sesuai untuk individu yang duitnya berkepuk-kepuk dalam Bank (bukan duit pinjaman ye)

Referral (Orang Tengah)

Menjadi orang tengah untuk sesuatu produk yang bukan produk sendiri. Sebagai contoh; Rakan anda ingin membeli kasut dan anda sarankan satu kedai yang memasarkan kasut tersebut dan anda dibayar setiap kali anda Refer orang ke kedai tersebut.

Kesimpulan

Banyak lagi yang perlu didalami untuk mengetahui ilmu-ilmu perniagaan, tapi gunakanlah model di atas sebagai rujukan asas anda.

Jika anda didatangi mana-mana individu yang mencadangkan anda akan satu bentuk perniagaan, gunakan model di atas sebagai rujukan. Sekiranya sangsi maka saksikanlah; itu adalah Money Game!

Sedut duit lepas tu lari hilangkan diri meninggalkan anda terpinga-pinga apa yang terjadi 🙂

 

p/s:
Upgrade ilmu Brader!
Jangan asyik kena kencing je!
Asal nampak duit je terus kena kencing!

Sudikanlah lontar komentar anda :)